bukan yang pertama - episod 6/6


“Kalau bukan Hazeem, siapa lagi?” Soalku lagi. Seperti mana tadi, Ira tetap diam tanpa berkata sepatah pun.

“Mengapa Ira tak nak beritahu Shah?”

“Sebab Ira tak mahu menyakiti hati Shah.” Jawab Ira pantas.

“Kalau Ira tak mahu lebih menyakiti hati Shah, lebih baik Ira beritahu Shah siapa lelaki itu.” Kataku cuba memujuk hatinya untuk membuka rahsia. Namun, dia masih lagi diam seribu bahasa.

“Ira boleh beritahu Shah tapi………..”

“Tapi apa? Katakan sahaja.” Desakku.

“Shah mesti janji yang Shah tidak akan marahkan Ira dan Shah tidak akan menyesal.”

Aku mengangguk tanda setuju.lantas dia membetulkan duduknya sambil menarik nafas panjang. Hatiku sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapa lelaki tersebut. Namun, aku tetap menanti dengan penuh sabar.

“Yang pertama di hati Ira sebenarnya…………”

“Katakanlah, Ira. Shah redha.”

“Sebenarnya, Dia ialah pencipta Ira dan Shah, iaitu Allah dan yang kedua di hati Ira ialah nabi kita iaitu nabi Muhammad. Yang selebihnya ialah ibu dan ayah Ira.” Jawab Ira sambil tersenyum.

Sejuk hatiku mendengar pengakuannya sebentar tadi. Tidakku sangka yang Ira akan berfikir sampai begitu sekali. Aku tersenyum kerana telah berjaya diperdaya oleh Ira. Dia turut tersenyum. Selepas itu, berkumandanglah suara ketawa kami berdua. Pandai Ira buat lawak!

“Shah dah janji tak akan marahkan Ira, bukan?” kata Ira yang masih lagi belum berhenti ketawa.

“Lain kali, Ira janganlah main-main soal ini. Kecut perut Shah tau!” Balasku setelah ketawaku sudah reda.

“Ha, tahu pun takut.” Kata Ira sambil merengek manja.

“Tapi, ada lagi satu lagi perkara yang Shah belum puas hati.” Soalku dengan muka yang serius. Ira berhenti ketawa dengan serta-merta. Suasana yang penuh dengan gelak ketawa sebentar tadi lengang seketika.

“Apa?” Soal Ira kehairanan. Ada riak tanda tanya di wajahnya. Sengaja aku  menunggu untuk beberapa ketika. Biarkan dia rasa apa yang aku rasakan sebentar tadi.

“Shah Cuma nak tahu, selepas itu, siapa di hati Ira.” Soalku sambil tersenyum. Ira turut tersenyum sama.

“Ada lah seorang tu……….” Kata Ira sambil tersenyum lagi lalu menjeling ke arahku. Lantas, dia terus bangun dan berlari.

“Hey, beritahulah!”





Pha is
27 JUN 2006 /1 JAMADIL AKHIR 1427
4: 30 p.m.

Post a Comment

3 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)