Sebenarnya,
sudah lama aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia seperti itu. Tetapi,
alangkah lebih bahagia rasa di hatiku sekiranya kebahagiaan tersebut dapatku
kongsi bersama Ira. Itu pun sekiranya hubungan kami dapat diselamatkan.
“Shah, jom
balik.” Tiba-tiba Ira bersuara sambil melihat jam tangan yang aku hadiahkan
kepadanya sempena hari ulang tahun kelahirannya yang kedua puluh dua. Walaupun
tidak semahal mana, namun jam tangan tersebut tetap tampak cantik di tangan
Ira. Memang matching.
“Bagaimana
dengan kata-kata Ira sebentar tadi? Ira nak biarkan begitu sahaja?” Soalku yang
agak terkilan dengan sikapnya sebentar tadi. Langsung tak ambil serious hal
ini. Seolah-olah hal ini merupakan suatu perkara yang remeh-temeh.
Tidak
sedarkah Ira betapa gentingnya saat ini setelah apa yang Ira katakan. Sudahlah
hari perkahwinan kami hanya tinggal seminggu, dia pula mula buat hal.
“Ira sedar
tak situasi sekarang ini? Segala kad jemputan, dewan, dan persiapan perkahwinan
kita yang lain telah pun siap. Kini, Ira mula keruhkan keadaan. Tidak
kasihankah Ira kepada shah? Tidak kasihankah Ira kepada keluarga Ira? Ira
jangan ingat ini hanya soal kita sahaja tetapi hal ini melibatkan maruah
keluarga kita sekali. Ira sanggup?” Soalku kepada Ira dengan nada separuh
marah.
“Kalau
begitu, Shah nak Ira buat apa?” Soal Ira kembali.
“Shah nak
membuat perhitungan dengan Ira hari ini juga.” Kataku sambil melihat jam tanganku.
Masih terlalu awal untuk pulang. Selalunya, waktu seperti sekarang ini kami
masih lagi asyik bersembang. Mungkin sebentar tadi Ira sengaja mengajakku untuk
pulang awal kerana dia ingin mengelak daripada terus disoalku.
Tetapi, hati
kecilku tertanya-tanya. Jika benar apa yang aku fikirkan, mengapa dia
membangkitkan hal ini. Tidakkah dia terfikir sudah tentu dia akan ditanya
bermacam-macam soalan sekiranya hal ini dibangkitkannya. Ah, mungkin dia hendak
berterus-terang denganku. Tidak lagi mahu menipu aku.
“sejak bila,
Ira?” Soalku dengan nada yang sedikit tenang.
“Ira tidak
tahu.”
“Bagaimana
pula Ira boleh tidak tahu sedangkan ini soal hati Ira.”
Dia terdiam.
Tiada sebarang jawapan yang singgah di gegendang telingaku. Hanya bisikan
kesunyian yang mengundang pelbagai misteri.
Entah
mengapa, sedang asyik aku mencari jawapan, tiba-tiba kotak fikiranku tersingkap
satu kenangan lama yang aku seakan-akan sudah hampir melupakannya. Kenangan
yang menjadi suatu sejarah dalam hidup Ira dan aku. Suatu sejarah yang hampir
memutuskan hubungan kami berdua.
bersambung...
Pha is
p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha.
p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha.
0 Comments