“Kalau begitu
kata Ira, bagaimana dengan hubungan kita, pertunangan kita?”
Sekali lagi
dia diam tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Sambil menghela
nafas panjang, dia melontarkan pandangannya jauh ke tengah-tengah tasik yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia
dengan keindahannya dan dengan kewujudan `Eye On Malaysia` di sini.
Gelojak di
hatiku semakin menggila. Aku bertambah risau. Takut-takut kalau Ira ingin
meminta tali pertunangan yang telah kami bina selama ini diputuskan. Walau apa
pun yang terjadi, aku tidak rela untuk berpisah dengannya. Hanya Tuhan sahaja
yang tahu betapa kuatnya cintaku terhadapnya.
“Sekurang-kurangnya,
beritahulah Shah siapa lelaki itu.”
Dia sedikit
terkejut dengan pertanyaanku sebentar tadi. Biarlah. Aku sudah tidak dapat lagi
menahan kesabaranku. Jauh di lubuk hatiku tertanya-tanya siapakah yang telah
berjaya mengalahkan aku dalam perjaungan untuk memenangi hati Ira. Aku hendak
lihat sehebat mana lelaki itu sehingga aku berjaya ditewaskannya.
“Terlalu awal
untuk Ira beritahu Shah.”
“Mengapa?”
“Kerana Ira
rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk Ira beritahu Shah siapa dia.”
“Kalau
begitu, bila?” soalku lagi. Aku tidak faham. Mengapa sekarang bukan masa yang
sesuai. Bila lagi masa yang sesuai selain dari sekarang.
Sekali lagi
dia terdiam. Tiada sebarang kata yang terucap. Tiada sebarang kenyataan yang
terungkap. Tiada sebarang jawapan yang tersingkap. Kini, hanya aku dengan
harapan yang kian malap.
Aku menghela
nafas panjang. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Tersinggah bunyi dengusan
kasar di gegendang telingaku. Anak mataku melilau mencari sesuatu. Dari kiri ke
kanan, tiada suatu pun yang menrik perhatianku. Walau seindah mana sekalipun
tempat ini, segalanya telah tawar di hatiku.
Entah
mengapa, tiba-tiba anak mataku terhenti pada sebuah keluarga yang sedang
berkelah tidak jauh dari tempat kami berada. Aku dapat melihat kemesraan yang
terjalin antara ahli keluarga tersebut yang amat erat. Tentu keluarga yang
terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga orang anak tersebut hidup dalam
kegembiraan. Sinar kebahagiaan jelas terpancar dari setiap raut wajah mereka.
bersambung...
Pha is
p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha.
p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha.
0 Comments