bukan yang pertama - episod 2/6


“Sebenarnya apa, Ira? Tidak cukupkah lagi apa yang telah Ira katakana tadi? Belum puas hati Ira melukai hati Shah?” soalku bertubi-tubi dengan nada separuh marah.

“Maafkan Ira, Shah. Ira terpaksa memberitahu perkara ini demi tali pertunangan kita dan Ira harap sekali lagi Shah boleh faham apa yang tersirat dalam hati dan perasaan Ira.” Jawab Ira dengan mudahnya.

Selepas ini, aku tidak tahu apa pula yang akan menanti. Adakah dia ingin memutuskan tali pertunangan kami seperti yang berlaku pada Mawi dan Ina? Adakah kali ini pertunangan antara Shah dan Ira pula yang akan mengalami kehancuran?

Ira membetulkan duduknya. “sebenarnya, bukan seorang sahaja yang telah berada di hati Ira selain Shah tetapi……..” Dia menarik nafas panjang. Aku sahaja membiarkan Ira menghabiskan kata-katanya. Biarlah dia meluahkan segala-galanya tanpa sebarang paksaan dan tekanan. Terserahlah kepadanya sama ada untuk terus menerangkan hal ini atau pun tidak.

“Pokoknya, sekali lagi Ira harap Shah betul-betul dapat memahami soal hati dan perasaan Ira ini.”

Aku beristighfar panjang sambil tertanya-tanya. Mengapa sehingga begitu rendah sekali nilai cintaku di hatinya? Apa kekurangan aku? Tidak cukupkah segala kasih yang telah aku curahkan kepadanya?

Aku dan Ira sebenarnya  sudah lama berkenalan. Namun, perkenalan kami hanya secara kebetulan.aku maih ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya. Pada hari itu, aku sungguh bernasib baik kerana telah dipertemukan dengan dia. Di sini jugalah kami dipertemukan. Di Taman Tasik Titiwangsa.
“Shah……”



Lamunanku terhenti. Aku kembali ke alam realiti. Bunyi deruan angin masih kedengaran di hujung cuping telingaku. Cepat-cepat aku menoleh ke arah Ira.


“Ira, tak kan Ira hendak biarkan hubungan kita terputus begitu sahaja. Tidak ingatkah Ira tentang segala kenangan indah kita bersama? Ira hendak lupakan segalanya begitu sahaja?”

“Bukankah tadi Ira sudah katakan. Ira minta maaf. Bukan niat Ira untuk melukai hati Shah. Tapi, ini soal hati dan perasaan Ira.”

“Kalau begitu, hati dan perasaan Shah bagaimana? Ira hendak biarkan begitu sahaja?” Soalku dengan perasaan kesal atas tindakan Ira. Cepat sungguh dia berpaling arah. Seperti mana tadi, Ira tetap diam seribu bahasa. Segala persoalanku dibiarkan begitu sahaja. Dia hanya tertunduk. Anak matanya hanya asyik memandang ke bawah.


bersambung...


Pha is


p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 


Post a Comment

0 Comments