bukan yang pertama - episod 1/6


Maaf. Sebenarnya, Shah bukannya orang yang pertama di hati Ira. Ira minta maaf. Sebenarnya, sudah lama Ira ingin beritahu Shah tapi, hari ini baru Ira berkesempatan.”

Hatiku hancur luluh mendengar pengakuan Ira sebentar tadi. Kata-katanya itu telah menyentap seluruh salur arteriku sehingga membuatkan aku hampir-hampir tidak sedarkan diri. Permandangan yang indah di Taman Tasik Titiwangsa ini sudah tawar bagiku. Hal ini adalah dek kerana pengakuan Ira sebentar tadi. Telatah kanak-kanak riang yang bermain-main dan tiupan angin yang mambelai pohon-pohon nan rendang sudah tidak aku ambil peduli. Walau seindah manapun dan secantik manapun suasana di sini, ianya tetap tidak dapat menenteramkan hatiku yang bergelojak menahan pilu.

       Apakah kelemahanku? Siapakah dihatinya selain aku? Soalan demi soalan menyimbah dari segenap penjuru dalam kotak fikiranku. Namun, aku lihat Ira hari ini tenang sahaja. Tiada secuit rasa risau walau sedikit pun tersirat di raut wajahnya. Dia begitu asyik menikmati keindahan di taman itu sepuas-puasnya tanpa mengendahkan sedikit pun kata-katanya ebentar tadi.

“Tapi, mengapa sekarang?mengapa tidak dari dahulu lagi Ira beritahu Shah.” Soalku sambil menatap wajahnya yang agak seiras dengan Wardina Safiyyah dengan tudungnya yang dipakai kemas. Hatiku kehampaan kerana sepatah kata pun tidak dibalasnya.

“Ira, lagi seminggu sahaja lagi kita akan ke jinjang pelamin. Mengapa sekarang pula Ira berpaling arah? Bukankah dahulu Ira sudah berjanji untuk sehidup semati dengan Shah?”

“Itu Ira tahu, tapi, ini soal hati dan perasaan. Hati dan perasaan Ira tak boleh dipaksa-paksa.”

Sekali lagi aku melontarkan pandangan mataku ke arah tunangku. Aku serba salah. Takut-takut tali pertunangan yang telah kami bina setelah sekian lama terputus begitu sahaja. Hatiku bertambah risau mengenangkan masa hadapan yang terpaksa aku tempuhi sekiranya tali pertunangan antara aku dan Ira terputus. Mati akal aku memikirkannya. Tentu hatiku akan kekosongan. Dan yang aku pasti, kekosongan tersebut tidak akan dapat diisi oleh mana-mana insan kucuali dia.

“Ira minta maaf. Bukan niat Ira untuk melukai hati Shah tapi, hal ini tidak dapat Ira mengelaknya. Ira harap Shah boleh memahami hati Ira. Sebenarnya……..”


bersambung...


Pha is



p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 

Post a Comment

1 Comments

  1. ok lah dikk
    nie akak baca dah episod 6 layie ..
    hurmm , not bad ;)

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)