Sekarang,
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi belum berkeperluan untuk berkaca
mata. masih lagi dapat membaca tanpa perlu bantuan dari kaca mata. masih lagi
dapat melihat dengan jelas tanpa kaca mata. tapi tahun2 akan datang, siapa yang
tahu.
Aku
seboleh-bolehnya, tak nak berkaca mata sehingga aku tua. Itu pon jika diizinkan
oleh-Nya. insyaAllah. Kalau boleh, aku nak meni’mati setiap keindahan ciptaan
Allah ini tanpa perantaraan apa2 alat.
Sebab
itu lah, aku mencuba apa2 sahaja petua yang aku tahu untuk menjaga mata. yang
pertamanya, aku kerap meminum jus keret susu. Kata orang keret (lobak) banyak
khasiatnya untuk mata.
Yang
keduanya, pesan arwah tok wan aku masa aku form 3, setiap kali mendengar azan,
apabila tiba laungan “asyhadu anna Muhammadan rasulullah”, selepas menjawab
kalimah tersebut, cium (kucup) belakang kedua-dua ibu jari tangan, dan sapu
kelopak mata dengan bahagian tersebut.
Tapi
masa aku form 5, petua yang ke-2 ini disebut pula oleh ustaz di sekolah aku. Sama
seperti apa yang arwah tok wan aku cakap. Cuma ustaz aku tu menambah lagi
dengan sepotong doa. Doanya aku tak beberapa nak ingat.
Yang
ketiga, juga dari pesanan arwah tok wan aku, kata beliau, kalau rasa gatal di mata,
jangan tenyeh (gosok) mata dengan jari. Tapi tenyeh dengan lengan. Bahagian ‘bicep’.
Mata kanan dengan bicep kanan dan mata kiri dengan bicep kiri.
Menurut
beliau, ini petua orang melayu dulu-dulu. Sebenarnya, ada cerita disebalik
petua ni. ceritanya melibatkan satu sumpahan antara mata dan lengan. Arwah tok
wan aku pernah cerita kat aku. Panjang ceritanya. Betul atau tak, wallahu a’lam.
Walaupon
aku tak suka berkaca mata, tapi aku mudah tertarik dan terpegun dengan
perempuan yang berkaca mata. sungguh. Bagi aku , perempuan yang berkaca mata
memang lawa. Kalau boleh, ciri2 calon isteri aku nanti mesti yang berkaca mata.
hehehe....
Pha is
25 Comments
semoga dapat jumpa bakal isteri berkaca mata..
ReplyDeleterugi aku pergi laser mata aku ritu
ReplyDeletehehehe :p
ala, saya xberkaca mata.. melepas la kiranyer..
ReplyDeletehuhu~
@ijA ameen.. isnyaAllah.... (n_n)
ReplyDelete@eqacashperlala erk......(-_-")
ReplyDeleteha a... ko dah terkeluar dari list aku lepas ko buat laser ari tu.. hahahahaha ('',)
@K O R I E x pe... kalau nk juagk, pakai spek yg x de power pon x pe... saya terima je.... hahahahahaha
ReplyDeletehaha ak boleh msok dlm list ni.. :P
ReplyDelete@aNeEs hmm.. ko tu kejap pakai spek, kejap pakai contac lens... so, kira kejap masuk, kejap keluar la... hahahahaha
ReplyDeletehuhu..same la..alhamdulillah,,mata ok lagi setakat ni
ReplyDelete@Ct Mawa alhamdulillah.. bagus la...
ReplyDeleteok..kita nak ngakulah..kita memang pakai spek..ahakz..
ReplyDeleteoh, kira aku masuk dlm list ko tak?hahaha...;p
ReplyDelete@ijA ok... noted... hehehe
ReplyDelete@Miss Guinea masuk2... ko ada 2 ciri2 yg membuatkan ko masuk dalam list aku.. hehehhe...
ReplyDelete2 ciri2? apa lagi satu? haha..
ReplyDelete@Miss Guinea hehehe.. ader la... nanti aku post... hehehehe..
ReplyDeletealhamdulillah..setakat ni xpki crmin mata..tp dulu masa budak2 teringin pki sbb adik beradik ramai yg pki..huhu
ReplyDeletesemoga dpt isteri berkaca mata..
@ShahzCudin bagus la kalau mata masih sihat... thanks 4 d wish...
ReplyDeletekami ni memang feveret habes arr jus karot. tapi rabun jugak -.-
ReplyDeletehahahah.. sabor je la...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHehehe .. ada geng KBU sorang berkaca mata .. hahaha .. =p
ReplyDeleteacah2 pakai tak kira..! hahaha
DeleteMudah-mudahan jumpa berkaca mata. Kalau dia buat Pha is marah sembunyikan spek mata dia hehe
ReplyDeletePernah juga Ustaz ajar doa tu tapi rasa macam ada Banyak doa.
cadangan yg bernas..! hahaha.. bleh try nanti..
Delete