Sedih.
Betul2 sedih. luluh hatiku bila perangcangan yang telah dirancang selama hampir setahun, tiba2
tak dapat nak di laksanakan. Maka, betullah kata orang, kita hanya boleh merancang, tapi Dia yang tentukan.
Sedih
dan tension. Kerana hanya disebabkan masalah yang kecik, silly mistake,
perangcangan hancur. Setahun aku rancang.
Dah macam2 persiapan dah dibuat, tapi keadaan terjadi tak seperti yang diharapkan.
Walaupon
bibir aku sendiri selalu menyebut “expect
the unexpected, or dying watching it happen”, tapi kali ni, aku termakan
dengan kata2 itu sendiri. Memang sedih. Tapi nak buat macam mana. Terima je lah
apa yang berlaku. Aku redha. Aku percaya,
semuanya ada hikmah disebalik yang
terjadi.
Malam
ni, kami akan bertolak ke UUM dari USM. Berkonvoi
dengan motosikal ke konvokesyen ujian
sijil rendah PSSCM zon utara. Sebenarnya, saat inilah yang paling aku tunggu2
sejak aku beli moto aku tu.
Aku
sangat teringin nak menunggang moto aku
untuk perjalanan yang jauh. Hampir setahun
aku menunggu saat ini. Bagi aku, inilah kesempatan yang terbaik untuk aku “test”
moto kesayangan aku tu. Dan untuk itu, segala persiapan telah dilakukan. Segalanya persedian untuk konvoi kami telah
aku lakukan, kecuali satu.
Hanya
satu perkara yang aku terlupa. Dan disebabkan satu perkara inilah, semua
penantian aku hancur sepertimana hancurnya hati aku ini. Dan adapun, satu
perkara tersebut ialah, aku terlupa nak perbaharui roadtax moto aku..
Pha is
6 Comments
ahaaa..siapa suruh tak sambung..memang salah sendiri
ReplyDeletealahai..kesian nye..xpela,,next time pegi eyh kalu ad rezeki
ReplyDelete@Yatie Awang erk..??? ye la.. ye la.... (T_T)
ReplyDelete@Ct Mawa x tw lagi next punya konvo kat mna... kalau dekat, x de feel la.. hehehe
ReplyDeletehehe ending pergi naik apa bro?
ReplyDeletepheww...cuba lagi. pasni buat uum kluang lak naik motor. haha
@haikalblank last2 naik moto kawan... x kira, lepas je tukar road tax, lepas je, exam, rasa nk bawak moto dari penang ke selangor... hehehe
ReplyDelete