setelah
beberapa jam mata aku mengadap nota, meniti informasi yang bakal disoal pada
peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi, aku pon mengalihkan pandangan pada
skrin laptop. Niat di hati nak berehat sekejap, menghilangkan kebosanan yang
bersarang di hati dan mengurangkan ketepuan yang termendak di kotak minda.
Ku
lihat jam ditangan, sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. malam yang sepi.
Setelah melihat nota2 yang belum terusik, aku bertekad, hanya akan ‘online’ buat beberapa ketika sahaja. Tak sanggup
untuk lebih lama. Sasaran aku, 20 minit. Itu sudah memadai. Malah lebih dari
cukup.
Lantas,
skrin yang tadi gelap, kini bercahaya, bila tanganku menyentuh tetikus biru tanpa
wayar. Kubuka browser google chrome, meluncuri laman muka buku. Sambil jari
telunjukku memutar laju roda hitam di hujung tetikus, satu persatu status
kawan-kawanku aku imbas.
Setelah
selesai beberapa komentar, aku lihat jam di tangan. Jarum panjang tepat pnunjukkan
angka 3. Baru 15 minit aku habiskan, masih berbaki 5 minit. Aku buka pula blog ‘Hikayat
Budak Pening’, terus ke bahagian bawah, memantau ‘bloglist’ aku.
Dengan
5 minit masa yang masih tersisa, rasanya tak sempat untuk aku melawat banyak blog.
Jadi, cukuplah menziarahi blog2 kenalan rapat. Itupon kalau ada yang dikemas
kini. Dan aku bernasib baik, kerana blog ‘sifu’ aku, si fatihah tertera dengan
tajuk entri terbaru.
Sekali
lagi kulihat jam di tangan, masih lagi belum menunjukkan pukul 12.20 tengah
malam. Lantas, dengan senang hatinya, pautan ke blog beliau aku klik. Dan terteralah
di skrin computer riba aku akan laman blog beliau. Entri pendek beliau kubaca. Santai.
Dan sepertimana biasa, entri beliau tidak pernah mengecewakan. Selalu buatku
tersenyum.
Entah
buat yang keberapa kalinya, sekali lagi aku tatap jam di tangan yang kian lusuh
talinya ditelan masa. Walaupun permukaan kacanya sudah terpalit toresan-toresan
halus dan garisan-garisan yang mencalar, namun tak pernah jemu mengingatkan aku
tentang masa dan waktu.
Dan
pada saat itu, jam lusuh itu juga masih belum menunjukkan pukul 12.20 tengah
malam. Walaupon aku sedikit hairan, tapi tidak aku endahkan. kerana hatiku
senang, kerana masih ada sisa masa yang berbaki untuk aku meninggalkan sedikit
komentar pada entri ‘sifu’ aku.
Sekali
lagi jam ditangan aku tatap. Juga belom menunjukkan pukul 12.20 tengah malam.
kali ini, aku mula ambil peduli. Sekali lagi aku perhatikan jam tangan hitam
itu. Terperinci. Mencari dimana salah dan silapnya. Jam yang tersilap masa, ataukah
mata aku yang tersalah baca?
Setelah
beberapa ketika, barulah kusedar yang jarum saatnya kaku, sepi dari sebarang
putaran dan pergerakan. Jam aku mati. Lantas, cepat-cepat aku ketuk permukaan
jam dengan jari, setelah dahiku kutampar-refleks semulajadi. Mujur, jarum saat
itu berjalan kembali.
Dan
seberapa pantas, aku menghalakan cursor penunjuk ke arah ‘task bar’, bagi
membolehkan aku melihat jam computer riba kerana aku telah ‘auto hide’-kannya. Saat
itu, jam di skrin computer riba sudah hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Maknanya,
dari 20 minit, rupanya sudah hampir sejam masa telah aku bazirkan.
Jam
oh jam. Sesungguhnya kau benar-benar memahami aku. Kerana kau pon tak nak aku
study, tapi membiarkan aku leka ber-online. Sayang kau ketat-ketat... hehehe...
Pha is
8 Comments
hahaha jam pun mengamuk
ReplyDeletetak tau la nak kata... mengamuk or merajuk.. hehehe
ReplyDeletejam tu tdo dulu dr tuan die..kehkehkeh..
ReplyDeletehahaha.. boleh jadi jugak...
ReplyDeletehaha..adoi. sakit perut aku gelak. adakah aku turut bersalah sebab update blog lantas kau membaca dan terlajak masa untuk online?*fuh satu nafas ye aku bertanya...;p
ReplyDeletehmm...terpulang.. sama ada ko nk salah kan dri ko or tak.. hehehe...
ReplyDeletewahhh..best giler penulisan..tak jemu nak bace satu2..hahah
ReplyDeletebile dok selongkar blog ni..ohhh baru tahu!..layan novel rupanya..padan ayat sedap2 kan!
hee :)
hehehe... thanks... x de la minat novel sangat... sikit2 je.. (n_n)
ReplyDelete