Setiap
orang ada kelebihan dan kekurang. Itu normal. itu natural, itu sunnatullah
keatas hidup manusia. Ada orang “cekang” dalam sesuatu part tapi dia mungkin
saja lemah dalam suatu sudut yang lain.
Tadi,
selepas habis kuiz pharmacy practice, sementara menunggu kelas yang seterusnya
yang akan bermula setengah jam lagi, sempat aku bersarap dengan kawan-kawan.
entah tiba-tiba, perbualan kami berkisar tentang topic ni.
Ada
kawan aku ni cekang dalam akademik. Tiap-tiap semester dapat anugerah dekan. Ada
kawan aku ni pulak nama je pelajar farmasi. Tapi cekang giler kalau bab-bab computer.
Dan sorang kawan aku ni cekang dalam bab photografi, terutama lepas beliau
mencekau D90 lepas duit JPA masuk.
Tapi
aku? Bab apa yang aku cekang? Dalam perbahasan masa kami bersarap tadi, ada
yang mencadangkan yang kelebihan aku terletak pada bab pengurusan, since aku
banyak pegang jawatan.
Tapi,
seriously, aku tak rasa macam tuh. Sebab kehidupan seharian aku sememangnya tak
terurus. Hanya Allah dan roommate aku saja yang tahu. Lagipon, pernah aku
muhasabah diri aku dan hasilnya, aku dapati aku lebih mudah menjadi pengikut yang baik berbanding menjadi pemimpin yang baik. Buktinya cukup jelas.
Kalau
kat sekolah dan kat matrik dulu, mungkin aku termasuk dalam katagori kumpulan
yang mempunyai kelebihan dalam akademik. Tapi sekarang, hampeh. Banyak paper
yang sangkut, kuliah pon tak bebrapa nak paham, dan minat aku untuk study
hilang.
Masa
kat sekolah jugak, aku suka aktiviti perbentangan. Betul-betul suka, tak kira
subjek apa, kecuali English. Kalau cikgu masuk dan suruh aku bentang, aku cukup
seronok. Teruja. Sehinggalah aku masuk pasukan bahas sekolah. Waktu tu, mungkin
itu kelebihan aku. Bercakap dan berbahas.
Tapi,
sejak masuk USM, setiap kali perbentangan, aku terketar-ketar. Kegairahan untuk
bentang yang selama ni aku rasai turut hilang. Mungkin sebab aku sebenarnya tak
paham pon apa yang aku bentang. Lagipon, perbentangan dalam English. Lagi la
tak ada feel.
Kalau
nak list-kan kelemahan aku, belambak aku boleh bagi. Kelemahan yang paling
utama, MIGRAINE.
Jadi,
apa kelebihan aku??????
Pha is
8 Comments
weyh pegi demola!
ReplyDeletebuat yang terbaik, InsyaAllah
ReplyDelete@Sarah Asshila masa entry ni dipublish, aku dah ada kat dtsp laa.... aku "reschedule" entry ni supaya dipublish pukul 8.00 malam... heheheh
ReplyDelete@Yatie Awang insyaAllah... thanks..
ReplyDeletesilat~
ReplyDelete@aNeEs hmm.. boleh la sikit2.. buat nk jaga diri.. hehehe
ReplyDeleteSaya rasa sedih baca entri ni. Pha Is rasa macam ni sebab "Banyak paper yang sangkut, kuliah pon tak bebrapa nak paham, ...". Apa yang penting berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Kuliah pengajian degree di USM salah satunya, byk lagi tangga untuk menggapai kejayaan yang selanjutnya dalam hidup ini.
ReplyDeleteinsyaAllah..
Deletethanks..