Kelebihan Peribadi


Setiap orang ada kelebihan dan kekurang. Itu normal. itu natural, itu sunnatullah keatas hidup manusia. Ada orang “cekang” dalam sesuatu part tapi dia mungkin saja lemah dalam suatu sudut yang lain.
Tadi, selepas habis kuiz pharmacy practice, sementara menunggu kelas yang seterusnya yang akan bermula setengah jam lagi, sempat aku bersarap dengan kawan-kawan. entah tiba-tiba, perbualan kami berkisar tentang topic ni.

Ada kawan aku ni cekang dalam akademik. Tiap-tiap semester dapat anugerah dekan. Ada kawan aku ni pulak nama je pelajar farmasi. Tapi cekang giler kalau bab-bab computer. Dan sorang kawan aku ni cekang dalam bab photografi, terutama lepas beliau mencekau D90 lepas duit JPA masuk.

Tapi aku? Bab apa yang aku cekang? Dalam perbahasan masa kami bersarap tadi, ada yang mencadangkan yang kelebihan aku terletak pada bab pengurusan, since aku banyak pegang jawatan.

Tapi, seriously, aku tak rasa macam tuh. Sebab kehidupan seharian aku sememangnya tak terurus. Hanya Allah dan roommate aku saja yang tahu. Lagipon, pernah aku muhasabah diri aku dan hasilnya, aku dapati aku lebih mudah menjadi pengikut yang baik berbanding menjadi pemimpin yang baik. Buktinya cukup jelas.

Kalau kat sekolah dan kat matrik dulu, mungkin aku termasuk dalam katagori kumpulan yang mempunyai kelebihan dalam akademik. Tapi sekarang, hampeh. Banyak paper yang sangkut, kuliah pon tak bebrapa nak paham, dan minat aku untuk study hilang.

Masa kat sekolah jugak, aku suka aktiviti perbentangan. Betul-betul suka, tak kira subjek apa, kecuali English. Kalau cikgu masuk dan suruh aku bentang, aku cukup seronok. Teruja. Sehinggalah aku masuk pasukan bahas sekolah. Waktu tu, mungkin itu kelebihan aku. Bercakap dan berbahas.

Tapi, sejak masuk USM, setiap kali perbentangan, aku terketar-ketar. Kegairahan untuk bentang yang selama ni aku rasai turut hilang. Mungkin sebab aku sebenarnya tak paham pon apa yang aku bentang. Lagipon, perbentangan dalam English. Lagi la tak ada feel.

Kalau nak list-kan kelemahan aku, belambak aku boleh bagi. Kelemahan yang paling utama, MIGRAINE.

Jadi, apa kelebihan aku??????


Pha is 

Post a Comment

8 Comments

  1. @Sarah Asshila masa entry ni dipublish, aku dah ada kat dtsp laa.... aku "reschedule" entry ni supaya dipublish pukul 8.00 malam... heheheh

    ReplyDelete
  2. @aNeEs hmm.. boleh la sikit2.. buat nk jaga diri.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya rasa sedih baca entri ni. Pha Is rasa macam ni sebab "Banyak paper yang sangkut, kuliah pon tak bebrapa nak paham, ...". Apa yang penting berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Kuliah pengajian degree di USM salah satunya, byk lagi tangga untuk menggapai kejayaan yang selanjutnya dalam hidup ini.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)