Daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW
dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"
(Hadith Riwayat Muslim)
Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin
pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
(Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi
dan An-Nasai)
"Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepada orang Rom.
Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana
surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya,
Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir
dengan perkataan Muhammad Rasulullah"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya : "Ali r.a
telah berkata: Rasulullah S.A.W telah melarangku memakai cincin
dijariku yang ini atau yang ini(maka ia menunjukkan ke jari hantunya dan
jari yang mengikutnya iaitu jari telunjuk)."
(hadi riwayat muslim)
Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw.
Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu
anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu
kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari).
Menurut Imam Syafie, “Kepada lelaki,
pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan (kelengking) adalah
dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana
kedua-duanya adalah sah dari Nabi. Namun, yang masyhur adalah sebelah kanan,
kerana ianya lebih afdal sebagai perhiasan, dan kanan lebih mulia. Tambah imam
Syafie, “memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang
wallahu a'la wa a'lam...
0 Comments