sedang aku asyik melayan saki baki movie yang masih lagi tersisa dalam laptop lenovo kesayangan, tiba2 masuk farhan (bukan nama sebenar) ke dalam bilik aku setelah pintu diketuknya sebanyak dua kali.
"wafi (juga bukan nama sebenar), jom study..!" ajak farhan setelah melihat wafi sedang asyik melayan movie sambil memeluk teddy bear kuning kesayangannya. entah movie apa yang ditonton, aku kurang pasti.
sejurus itu juga, aku tergamam. ah, betapa ruginya aku... enak saja aku menonton movie, melayan kehendak hati, bersenang-lenang, sedang farhan sudah bersemangat untuk study. celaka kau faiz, celaka kau faiz, celaka..!!!
lantas, wafi bersuara. "betol ke ni..?" riak wajahnya bertukar. kalau tadi asyik dengan cerita yang ditatap pada skrin laptop dell hitam, khusyuk dalam setiap babak2 movie yang disusur, kini mukanya terpancar bibit2 teruja. bersemangat.
"betol la. kita study dengan arman (pon bukan nama sebenar)... lagipon, dia yang ajak.." balas farhan bersungguh.
arman, budak kaca mata dan rambut bersikat tepi yang memegang anugerah dekan setiap semester sejak dari tahun pertama dalam kursus yang kami ambil, mengajak farhan dan wafi study bersama.. huh.. sesungguhnya aku cemburu. cemburu pada kerajinan dan semangat yang dizahirkan mereka meski semester ke-5 ini masih di awal fasa.
lantas, mana mungkin akanku lepaskan peluang..! "wei, hangpa nak study apa? aku pon nak joint jugak." kata aku kepada farhan setelah aku menjedakan[1] movie yang tadi bermain lancar di permukaan skrin laptop.
"boleh ja.. kami nak study NOTA. kalau hang nak joint, jom la pi kat bilik aku.." jawapan farhan yang berjaya membuakan hatiku berputik. saat itu, dapat aku rasakan, bahawa inilah detik permulaan sebuah kejayaan bagiku. setelah sekian lama terperangkap dalam dunia kegagalan.
"malam ni hangpa nak study paper yang mana satu?" soalku setelah aku sedar yang farhan langsung sama sekali tidak menjelaskan hal itu sebelum ini. aku tertanya-tanya. adakah ianya 'respiratory system, kidney, blood and therapy'...? atau mungkinkah 'cardiovascular system and therapy'...? atau boleh jadi 'pharmaceutical analysis 1'...?
"kami nak study NOTA ja..." balas farhan sekali lagi. kali ini aku lihat riak mukanya seolah-olah tersenyum sinis.
“ye la.. tapi NOTA apa?” soalku lagi. bingung.
“hang rasa?” soal farhan kembali. Eh, boleh pulak dia Tanya aku balik.?
“mana la aku tau. Aku ikut je. Lagipon, arman yang ajak kan? dia nak study NOTA yang mana satu?”
“sebenarnya, kami nak study DOTA... bukannya NOTA... hehehe..”
“ceh...” Jawab aku lantas kembali menghadapkan wajahku ke skrin laptop. Cepat2 aku menekan punat ‘space bar’ dengan agak kuat. Geram...
~wayang kembali bermain.
[1]
jeda = 1 waktu berhenti sebentar. 2 tempat berhenti sebentar (dlm pembacaan sajak dsb). berjeda berhenti sebentar: tidak ~ tidak berhenti; terus-menerus. (kamus pelajar edisi ke-2)
Jeda = 1. waktu rehat: sampai waktu ~, belum ada kalah menang; 2. = berjeda berhenti sebentar; tidak ~ tidak putusnya, tidak henti-hentinya; 3. masa antara dua peristiwa atau tindakan. (kamus dewan edisi ke-4)
Jeda (pause) = Menghentikan perjalanan sistem yang sedang beroperasi buat sementara waktu. (kamus computer)
0 Comments