Kerja Gila

team demo psscm taman brown dan balik pulau
aku : duduk nombor 3 dari kiri


Kelmarin (sabtu, 10/9/2011) aku baru abes buat demo kat SMK Seri Balik Pulau, penang sempena hari ko-k sekolah tu. demo kali ni memang terbaek.. esok pagi ada persembahan demonstrasi, malam ni baru nak setting. Kerja gila.! Memang kelam kabut.

Dah la habis praktis pon dekat pukul 2 pagi, esoknya hari persembahan, tapi sempat lagi pi pekena ayam tandori kat restoran kapitan sampai kulul 3.30 pagi. Kerja gila.

Lepas tu pulak, malam tu aku tak boleh tidor. Kejap kalih kiri, kejap kalih kanan, tapi tak lena jugak, sampai la aku dengar azan subuh. Dengan tak tidur semalaman, aku buat demo yang hanya praktis sekali saja. Memang kerja gila.

Tapi Alhamdulillah, tak banyak kesilapan yang dilakukan. Kira puas hati la. lepas je demo, diorang ajak mandi sungai pulak.


team demo psscm cawangan pulau pinang
aku : nombor tiga dari kiri

Lepas penat2 berdemo, kalau dapat mandi sungai, memang la best. Cuma masa tu penat pon tak hilang lagi, peluh pon tak kering lagi, badan pon tak sejuk lagi, terus terjun sungai. Ni lagi satu kerja gila.

MySpaceBila aku terjun je, terus MIGRAINE.

Padan muka..!!


Lepas mandi sungai, diorang ajak pi pekena pizza pulak. Huh, memang layan habes. Yang herannya, lepas pekena pizza, hilang pulak migraine aku ni. hehehe...




Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)