Wave 125x ultimo


Bila belek2 keyword analytic kat pak cik nuffnang, banyak jugak aku jumpa tentang soalan2 yang berkaitan dengan moto yang sedang aku pakai sekarang ni. Antaranya

Wave ultimo 125
Wave 125 x
Ok ke wave ultimo
Wave 125 x ultimo

Lantas, aku mengambil keputusan untuk buat sikit review berkenaan moto ni. At least bagi sesapa yang berhajat nak beli moto ni, boleh la pertimbangkan.

Tapi sebelom tu, aku nak ingatkan yang aku baru lagi pakai moto ni. mileage pon baru 7000++.. Dan moto ultimo ni moto pertama yang aku beli. So, tak dapat la kalau aku nak compare moto ni dengan moto2 jenis yang lain.

Aku Cuma boleh bagitau setakat yang aku tau dan setakat yang aku alami je la. lagipon, banyak lagi yang aku tak tau pasai moto ni..  kalau nak tau lebih detail, sila Tanya otai2 moto di mana2 forum2 moto yang ada. Hehehe..



1. Kelajuan

Dulu aku ada terbaca dalam 1 forum moto yang mengatakan “sapa yang nak beli moto untuk kelajuan, jangan beli ULTIMO.” Dan aku agak bersetuju dengan statement tu. So far, moto aku habis laju pon penah pi Cuma 110 km/j.

Ada pengguna ultimo lain cakap penah sampai 120km/j. Aku tak tau la.. mungkin moto aku yang bermasalah.

Tapi nak sampai 110 km/j tu pon jarang2. Bergantung kepada mood moto aku. Kalau mood dia tak ok, kadang2 tu full throttle pon sampai 80km/j je. Tapi kalau hari2 biasa, boleh je pi sampai  100km/j kalau naik sorang2.

p/s : baru2 ni aku try naik moto dari usm ke rumah melalui jambatan pulau pinang. Masa atas moto tu aku baca surah2 yang aku penah hapal. Tetiba je mood moto aku ok. Buleh pulak sampai 110 km/j walaupon kat tengah jambatan (selalunya atas jambatan tak dapat nak pecut sebab angin kuat).

Kesimpulannya, kalau nak bagi mood moto ok, baca la al-quran masa atas moto. Tak kisah la surah sajadah ka, al-mulk ka... ayat lazim pon boleh. Hehehe..

2. bunyi enjin.

Dan ramai jugak yang komplen moto ultimo ni ada masalah bunyi enjin bila sampai 90km/j dan keatas. Kata mereka, bunyi enjin jadi pelik.

Tapi sepanjang pengalaman aku, bila sampai je 90km/j, aku dah tak dengar bunyi apa2 dah melainkan bunyi desiran angin yang menepis-nepis cuping2 telinga aku. Hehehe...

Maklumlah, helmet murah. Helmet mahal tapi free dah kena curi. Telinga aku terdedah. Kalau dengar lagu pakai earphone dengan volume yang paling kuat pon aku tak beberapa nak dengar sangat dalam situasi yang macam ni. walaupon ear phone aku tu jenis yang berlapik getah (ear plug).

Inikan pula bunyi enjin. So, bab bunyi enjin ni, tak dapat la aku nak komen. Tapi kalau bawak dalam range 40-80 km/j rasanya ok je bunyi dia.

p/s : ada beberapa member aku pernah Tanya aku kenapa tak start enjin lagi sedangkan masa tu enjin aku dah start.

3. meter kelajuan

Ni lagi 1 hal yang membuatkan aku musykil. Pernah sekali aku pinjam moto LC member aku dan masa aku bawak, bila aku tengok meter dah sampai 100km/j. Terkejut jugak aku. Selalunya kalau bawak macam tu dengan moto aku, Cuma sekitar 80 km/j je.

Lagi 1 situasi, penah sekali kami buat konvoi dari penang ke bukit merah. Menurut member aku yang membonceng moto legenda, katanya kelajuan kami masa nak pi bukit merah tu dah 100km/j lebih. Tapi aku yang ikut belakang ni aku tengok meter aku tak sampai 100km/j pon.

4. penggunaan minyak.

Bab minyak aku tak bleh nak komen banyak sebab aku tak leh nak compare dengan moto2 yang lain. Tapi bagi aku, kira ok la. kalau pi-balik antara usm-rumah aku (dalam 70++ km) tak sampai full tank. Kalau ikut harga minyak sekarang lebih kurang RM4.

Cukup dulu kot 4 point tu. Yang lain2 rasanya biasa2 je. Kesimpulannya, bagi sesapa yang “berjiwa kelajuan”, jangan cari ultimo. Nanti korang kechewa. Kecuali kalau korang pandai modify. Hehehe...

Tapi Kalau stakat nak naik biasa2 je, memang aku syorkan ultimo. Sebab dia tak semahal legenda dan LC. Lagi pon, orang kata enjin honda ni tahan.Orang yang kata. Bukan aku.


[makluman tambahan]

untuk maklumat lanjut mengenai motosikal honda wave 125 x ultimo in, sila lihat sekali dengan ruangan komen di bawah ini kerana terdapat komen dari beberapa pengguna ultimo sendiri disitu. 

bagi pengguna Ultimo, anda dialu-alukan untuk memberi dan berkongsi sebarang komentar, cadangan, atau pengalaman sendiri mengenai motosikal ini.

-penulis

Pha is

Post a Comment

91 Comments

  1. owh..nice info, detail kena tahu bilan nak beli moto. umah pc pulak ada semua, lagenda wave dan lc.mliik my abang,hehe..pc punya ego s je..

    ReplyDelete
  2. blur bila crita sal moto... hehe.. tp rasa nk try ja baca surah2 yg mcm pha is bt tu.. leh drive lg laju,.. :)

    ReplyDelete
  3. @pengemis Cinta~
    pergh.. bestnya.. boleh la try semua... lpas tu compare2 kan... hehehe

    ReplyDelete
  4. @Zahariah
    cuba je lah.. mana tau kot2 berkesan... heheh

    ReplyDelete
  5. salam kunjungan...yer sy dulu bljr smka. kalau dh dgr citer tu, ini sebagai ulang-ulangan lah. tentang entri ni mmg best! mmg wave 125 ada beberapa jenis. yg terbaru adalah ultimo. komen sebagai pengguna motor ni selama 3 tahun:

    1) Speed dia mmg kurang, habis cecah 120km kalau tunduk kepala.

    2) Tahan lasak dan mantap!

    3) Paling best adalah jimat minyak! banding dengan lagenda dgn LC, minyak macam minum air. tapi wave rilek jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya x sure lah..ayah saya beli ultimo thn 2011..bleh ja smpai 110km (jln lurus) dpt kt sya tukar spoket ja yg lain x kcaw..highway jitra - changlun dpt ja 130km xtunduk kepala pun tp dok follow rapat kete kt depan..cucuk depa 😂 tp kalau shoot sja2 dpt gak lah 120km

      Delete
    3. yup setuju tu bro. dapat je 130-135 gak lah. aku suspect cdi ultimo ni cepat sgt cut off dia

      Delete
    4. tu la.. rugi aku jual terus moto ultimo aku tu..

      Delete
    5. Btul minyak lambat habis tapi motor ni ngan modenas mne laju

      Delete
  6. honda memang tahan lasak tapi dia tak laju. Minyak memang jimat janji jangan usik enjin atau modified. Mekanik honda bagi tau rahsia wave ni kalau nak laju tukar spoket 15-34 dan ekzos dia kena ejas sikit sebab dalam ekzos tu dia sekat angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya ejas ekzos nk kene buat apa eh ?

      Delete
    2. Aku pakai spocket 15-35 & rantai racing mmg ringan,sedap jgk pickup nya ,top pon boleh pergi 120km/h ...lebpas tukar CDI racing, top naik 135km/h

      Delete
  7. @Santri T.P.I.N.I
    waa... aku pakai tak sampai setahun pon lagi... hehehe
    thanks sbb gitau info dari mekanik honda tu... hehehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam, ultimo memang kurang laju tapi mesra alam. Untuk makluman tuan puan kami penguna model ini selama 2 tahun untuk off road. Pengalaman selama 2 tahun menguna ultimo pada laluan (off road) dengan ketingian mendaki separuh gunung kinabalu menyebabkan saya sayang untuk melepaskan model ini. Berbanding jenama lain, terbukti honda dengan tema the power of dream memang berkuasa dan tahan lama. Model ini sesuai digunakan hampir semua keadaan jalan di malaysia. Dengan hanya menukar tayar off road dan sproket 14 depan dan 42 belakang moo ini bersedia untuk mendaki dengan hebat. Dalam tempoh tersebut syukur tiada masalah enjin berlaku. Jatuh pun body tak pecah. Memang kualiti produk honda tahan lasak. Sekali tengok memang tak caya, dah cuba saya akui kelebihan honda ultimo adalah tahan lama dan tahan beban tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, sproket belakang 42...?? agak besar jugak la... so, ratio sproket = 42/14 = 3... besar tu bro... memang la pikap power... kalau macam tu, naik bukit konfom rilex je... hehehe

      tapi sekarang aku pakai utk jalan raya. terutama bila kerap guna atas highway... so, lebih pentingkan top speed berbanding pikap. sekarang ni pon masih guna sproket yang asal, depan 14 belakang 35 (ratio = 2.5). dalam perancangan nak kurangkan saiz sproket belakang or tambah saiz kat depan.

      papepon, thanks Kelebihan Ultimo for your share...

      Delete
  10. salam, saya juga pengguna ultimo hampir 2 thn.. cuma nak komen saya x bersependapat kalo nak cakap ultimo ni bkn untuk kelajuan...
    saya x nafikan saya pun bwk motor saya biaasenye dlm 110km/j je..
    tapi saya tahu meter ultimo ni memang berat...so, kalo ikut entry awak pada no. 3 tu pun dah jelas... [80KM/J ULTIMO = 100KM/J LC, SO.. BILE ULTIMO SAMPAI 110KM/J = LC DAH 130KM/J]...
    KESIMPULANNYA, ULTIMO LEH CECAH SAMPAI 130KM/J (standard)........................x cukup laju ke?

    ReplyDelete
  11. aku dah pakai tiga wave125 dari first generation (lampu belakang tajam) ke second gen AN125F(kod moto dalam geran) dan sekarang Ultimo (AFP125) baru 2 minggu, memang betul kau cakap pun bawak nak sampai 100km/h pun payah, tapi yang aku heran meter tunjuk 90km/j je tapi moto dah laju semacam tak macam motor2 dulu, mungkin perasaan aku je kot. Pikup motor nie tak berape kuat ,yang paling best adalah pikup motor first gen dulu mase baru2 keluar, aku rasa Boon Siew dah kurangkan sikit kot. pasal petrol aku tak boleh nak komen lagi sebab masih baru enjin masih ketat tapi rasa same je untuk tiga2 model.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks rushda for the comment..

      Delete
    2. Sebelum nie sya guna motor 2 lejang..
      Rxz n y125...
      Di sebabkan skarng nie selalu sangat ulang alik dari putrajaya ke damansara damai....
      Saya beralih keoada motor 4 lejang
      Wave 125 first model jadi pilihan...

      *nak minta pendapat ngan korng..
      kombinasi Sprocket ape y best...untuk long speed...

      Skrng guna sprocket 15-35..
      Boleh lah cecah 120km/j

      Tp...mcm x puas lah...

      Coz...sbelum nie ade dngar jgk model nie boleh fight y135Lc

      #Mohon penerangan dijalan buntu.

      Delete
  12. beruntung le moto ko boleh cecah 110km/j.seumur aku beli moto ni,full terottle pun paling laju 85km/j je.100km/j pun x penah.aku cube tukar sprocket 38.naik sikit meter nye 99km/j.agaknye lagi besar lagi laju kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik. pelik. sepatutla lagi besar sproket, lagi turun top speed. tapi, serius, moto aku pon macam tu. lepas tukar sproket belakang 36 (asal 35-sikit je pon naik), top speed naik jugak. skrg dh boleh cecah 120 km/j... heran2..

      Delete
    2. sye pkai wave125s da 2 tahun (hak milik kekal)...sejak bru dpt, sye pkai spoket 13-32/33 (x bape pasti la)..klu roket bole cecah 140 km/j.tpi makan mse la...tu pn clutch speed x da, blok n carb standard...sng kate standard bodo lah..lag pepah lag panas lag sedap..wave baek..!!

      Delete
    3. kalau 13/33 (ration = 2.54) or 13/32 (ratio = 2.46) x jauh beza je dengan sproket standard yg 14/35 (ratio = 2.5) kalau yg ratio = 2.54 tu, no lagi besar, lagi kearah pick up. kalau ratio 2.46 tu, mungkin la, sbb no. lagi rendah, lebih kepada top speed..

      sekarang aku pakai proket 15/35 (ratio = 2.33). spatutnya theoretically top speed akan naik. tapi sekarang tak try lagi top speed sbb baru je lagi tukar sproket tu.. x merasa lebuh raya lagi. nnti baru boleh test tengok top speed.. hehehe..

      thanks share info..

      Delete
  13. wave ultimo meter berat sama dgn gps dah bwk 50km/h daa..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ,,,,

    sye pon tngah survey n dh try tukar ( 15-35 ) pickup out nak mencilok mmg x dpat / top ok engine x meraung tp nak cecah 100 punye la lambat

    sye nak try 15 -36 plak tp cmner ngan ratio engine ok x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nk komen sangat. tapi, tak salah mencuba. betul tak? hehehe.. bila sendiri try, baru puas.
      kebetulan, mmg dalam perancangan saya utk try 15-36 dalam masa akan datang, sbb sekrg ni saya pakai saiz 14-36. tapi tak try2 pon lagi.

      Delete
    2. nah..formula motor geng kedah..160+ kmh pon leh cecah

      * blok 57 (piston 0.25)
      * head kawah( mesin 2mm)
      * cdi apitech( rm250)
      * full bearing c3 = 8 biji
      _ crank shaft- 2 biji enduro c4
      - bearing gear fag c3 2 biji
      - bearing cam 2 biji= ntn c3
      - bearing clucth 2 biji fag c3

      kaburator wave 125 standard
      - minjet 78
      - pilot jet 32@ 27

      eksoz dah buang cut off

      CLUCTH = STANDARD

      SPRING SLIDE KABURATOR WAVE 125S = SPRING KABURATOR KRISS

      MESIN SLIDE KABURATOR WAVE BAGI SAMA LUAS KABURATOR WAVE
      PLUG BOSH


      spoket
      15- 35= 2.33 = top speed = 143kmh
      15 -36 =2.40
      15- 34 -2.26 = top speed = 160kmh
      15 - 33 = 2.20
      15- 30 = 2.00
      14- 34 = 2.42 = top speed = 130kmh
      14- 33 = 2.35
      14-32 = 2.28
      14-30 = 2.14
      16-35 =2.18


      STANDARD= 14-35 = 2.50

      Delete
  15. halo
    gua beli juga wave ultimo x ney..sepanjang gua guna dia kala bawa nak bagi mood die ok kau ikut aturan gear la
    gear 1=40kmj
    gear 2=70kmj
    gear 3=90kmj
    gear 4=lama sikitla nak naik 110 makan lajak set spoket bole tambat 5-10kmj lagi..


    tapi kalau mau laju sambil make-up habis out dan laj dia 180kmj buat macam ney(bajet bayak cikit)
    Wave 125X Ultimo
    -Nob1 trioval
    -carb kips petak(susah mau cari ori..zz)
    -hi cam racing
    -piston 53mm
    -racing boy 18 batang tembak hitam tubeless..
    -big front disk brake
    -swing arm
    -racingboy foot rest
    -CDI Racing wave 125x
    -Racing Suit
    -convert to clutch

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. lengkap...!!!
      terima kasih banyak2 amirul ilham..
      mmg dh lama gua nk cari maklumat mcm ni...
      thanks again....

      Delete
    2. bro , standard moto ak un kw bwq cm owg gile
      gear 1 ; 50
      gear 2 ; 90
      gear 3 ; 100 n above
      gaer 4 ; 110 n men lajak smpai jejak 120
      sproket moto 14 / 34
      timing karburator slow sket , fiber kurang ..
      uh un da puas ati bro

      Delete
    3. bapak ah.. tak hangit enjin ke bro..? hahahaha
      paling tinggi skrg gua pnah try

      gear 1 : 40
      gear 2 : 60
      gear 3 : 90
      gear 4 : 90 keatas

      so far, okay je.. nk tarik lebih2, kesian kat enjin.. hehehe

      Delete
    4. hamba ni pengguna wave ultimo..beli tu sbb sblum ni pnbah bwk motor mmber..wave 125s(2nd gen)..pikap n lajak ade..
      dgn expectation yg dia nyer performance agak sama ngn wave s tu..hamba pon angkat wave ultimo..dah hmpir 3 taun pakai...tp kekecewaan yg jelas adalah pikap xde..berat semacam..

      ape punca dia bro2 budiman..n harap dpt dikongsikan d sini tips ntuk kasi pikap skit...
      cara penungganan..lbih perlukan pikap sbb seharian ulang alik..
      permukaan jalan bnyk bukit2..bnyk mendaki n short distance je..
      bkn ntuk layan hiway pon..harap dpt nasihat berguna dari otai2 motor yg budiman..tq

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. saya ni bukannya otai.. sekdar berkongsi pengalaman. pakai moto ni pun baru 2 tahun lebih. bulan 11 ni baru masuk tahun ke-3..
      kalau bab pikap, paling mudah skali, seting sproket la..

      Delete
    7. Saya Standard:

      Gear 1: 40km
      Gear 2: 80km
      Gear 3: 110km
      Gear 4: 120 - 130km
      Kalau tunduk kepala sampai 140km tapi slow nak top 140km....

      Spoket dpan 14,blakang 35
      Saiz tayar dapan 225,blakang 250
      Setting angin dia low skit....

      Delete
  16. salam.... wa baru je pakai Wave Ultimo ni. bari 4 hari je....Tapi memang betul laaaa dari komen2 tu sume....Wave Ultimo memang terbaik.... Tang sprket tu time kaseh banyak....wa akan try nanti..............

    ReplyDelete
  17. Salam, saya dah pakai moto Wave Ultimo ni hampir 1 tahun.. Pickup moto ni memang kureng sikit. Top speed pun no comment. Kalau turun bukit, siap tunduk lagi boleh dapat 120km/h. Kalau naik bukit pulak paling laju pernah naik sampai 90km/h je sebab kalau masuk gear 4, terus turun meter. Kalau main gear 3, boleh sampai 110km/h naik bukit. Baru-baru ni saya tukar ekzos Focus Racing ( bentuk tiga segi ), sekurang2nya tambah 10km/h lagi laju, Turun bukit = 130km/h, Naik bukit = 100km/h. Jalan straight tak pernah try lagi sebab kat tempat saya ni tak ada jalan rata panjang. Hehe. Minyak pun tukar 3 bulan sekali. Memang jarang tukar tapi sekali tukar, terus tukar yang MOS Semi-Synthetic. Jadi, masalah moto ni sebenarnya ekzos dia. Setakat ni puas je pakai motor ni. Tapi kalau boleh nak jugak naik sampai full meter kan? Peace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pick up so far ok la... cma kalau naik berdua, tak berani sangat nk cilok mencilok. takut tak lepas.. kalau naik sorang2, berani la sikit.. hehehe

      mmg saya skrg ni pon, top speed dalam 110 km/j je.. tapi, pasal turun bukit tu, baru2 ni saya ada naik moto ultimo ni ikut highway dari kuala kangsar ke penang. masa turun bukit kat area lbuh raya tu, saya boleh sampai hampir 140km/j.. moto masa tu memang dah gegar dah.. hehehe.. mmg exited gila... first time sampai 140...

      kalau naik bokit plak, standart saya naik kat jambatan pulau pinang (kat tengah2, yg ada "naik bukit" sikit tu) boleh sampai 90+ km/j, kalau dan maintai 100+ km/j sebelum naik bukit tu...

      memang dalam perancangan saya nk tukar ekzos. yg menjadi target pilihan hati, ingat nak cari nob 1 punya... tapi, masih mencari.. kalau ada, serius nk tukar.. hehehe

      minyak itam plak, saya tukar setiap 1000-2000 km mileage.(ikut keadaan) skrg ni selalunya pakai hi-rev semi synthetic..

      memang ada jugak yg cakap, ekzos moto ni mcm ada "limit" speed dia sikit..

      sama la, kalau boleh, nk gak merasa naik highway cilok kereta kat line tengah.. hahaha...

      Delete
  18. Baru2 ni saya beli wave X ni yg terpakai...thn 2011 punya.....dh 25ribu KM.....so far pick up saya rasa memang ada...ok la..tang top speed tu lambat...belum nak berekperimen lagi dgn spoket...mungkin lepas ni...ada org kata tukar Coil wave 125S...sebb coil wave X ni pomen kata mcm ada limit api supply...So far bagus moto ni...design pun ranggi...klu nk laju setakat nk folllow LC dan sayur kan Lagenda takde masalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pakai 2 tahun, baru 17ribu km. jauh giler owner asal tu jalan. hehehe...
      betol2.. so far boleh la kalau nk follow lc. tapi pernah gak skai tu kna tinggal ngan lc. hehehe... stakat legenda tu, gua kirim salam je.. hehehe
      thanks untuk suggestion pasal coil tu bro...

      Delete
  19. emm sy da pki 2 thn..mmg btol lah pikap kurang..top speed pon 100 je..klu nik 2 org lg lah...90 je lah...emm np erh...btol ke prob dia ekzos..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg cakap ekzos wave 125 ni sekat angin.. aku pun tgh dlm proses mncari ekzos.. nk cuba tukar, nk try tengok ada beza or tak... klau aku dah tukar, nanti aku try update perkembangan.. hehehe

      Delete
  20. asalamuaalikum bro2 or otai2 sume.. saya dah pakai wave125 x yg sama model tapi buakn ultimo ialah organic sport dari tahu 2009 hingga kini,, maaf jika saya ad tersalah kata. tapi setahu sayattandart pown meter da buleh nek paling rendah pown 140km/j yang saya perna capai siap tinduk kepala 160km/j setting spocket 14t.34.


    tapi kalau nak modifiel pown lagi syok kepada yang meminati kelajuan.
    set mcm nie k simmple jea.modal pown ta besar sngat ,

    : high cam tokahi sudah mencukupi
    : block tokasi saiz 57 keatas sahaja
    : ring piston pakai saiz 58 . tapi kaki tu hati2 takut patah pulak nk start
    :kaburator tc sudah cukup
    :tengkuk racing untuk kaburator
    : cdi cheetah power ,, cdi nie buleh wat standar and racing ,cara nak setting cocok kabel cdi nie kat pc and dyno
    :coil api standart ja. tapi pakai strongberg untuk mengawal api supaya tidak street to picton. dia akan mengembang kea heat jadi tak la sebu2 bile pecut pantas
    : spocket setting 14t,30t,29

    apabila anda wat macam nie anda akan dapat hasilnya begini
    1st - 70-80km/j
    2st - 80-125km/j
    3st - 125-160km/j
    4st - saya da ta dapat baca da meter sebab da out of order hahah. jika anda wat seperti ini hati2 apabila memasuki gear 4st kerana pada masa itu anda akan rasa seperti tayar anda bukan dia atas jalan tapi di atas angin..saya hanpir exsidern akibat kelajuan nie.. saya tidak syukkan anda untuk berlumba

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. thanks bro... so far aku rasa komen ko yg paling extrem.. hahaha... thanks again...

      Delete
    2. Hampa ni semua memang suka bawa motor laju ke? Aku dah pakai honda wave 125r hampir 12 tahun. Motor ni memang x pernah ada ada problem.
      Pernah sekali plug x tukar sampai 5 tahun pun motor x pernah breakdown. Disebabkan aku malas tukar minyak enjin, motor aku jadi cepat kering minyak hitam walaupun baru tukar 2 minggu. Cluth juga rosak. Lepas repair semua benda tu aku rasa menyesal kerana selama ini aku
      X ambil peduli sangat tentang motor yg banyak berjasa kpd aku.
      Sekarang aku jaga motor aku betul2. Motor aku cuma boleh laju setakat
      85km/H mengikut gps. Bagi aku x perlu bawa motor laju2 sangat. Biarlah besederhana asalkan kita tidak terlibat dalam kemalangan.
      Kalau kita mati kerana bawa motor terlalu laju dikhuatiri kita membunuh diri sendiri dan azabnya kita terpaksa tanggung dalam kubur.
      Oleh itu insaflah kwn2 semua jgn cari penyakit dlm hidup yg singkat ini.

      Delete
    3. insaf terus aku baca komen suri nih.. fuh...

      Delete
  21. Broooo lu smue silap bro..sape kate moto ni x laju mmg silap la. Mmg2 silap..gua dah gune bmacam2 moto..cubchai trbaik bagi gua wave ultimo ni la..x prlu modified,,gua dah bleh tapaukan lc dengan senyuman manis..ari 2 gua test ngan meter 125 mmber gua kt highway pd,,gua super,,mmber gua ckap 125 die dah xleh kjar..125zr standard..die ckap meter die dah 165,,gua pnye mungkin 175..motor gua standard aje..ade duit lbih gua nak modified skit..sdangkan lc dah modified dngan ekzos bsing la ape lah,,gua ptong slamber aje..mse 2 mmg tngh lju gile la..rhsie die,,gua buang air filter dlam kbok angin krburator,,ejas sproket..trbaik beb

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. seriusly...? air filter...? okay.. thanks bro...

      Delete
  22. Serius geng..bukan cite bohong..memang x usik enjin..smuenye standard..cume tanggal filter dlam kbok angin krbreter 2 je..memang cun..dlu gua pkai lc,,x ngam gak,,enjin cpat lmau..gua modified lc 2,,tpi wave ultimo ni gua x mpdified,,same prginye ngan lc gua modified..bmacam motor dah gua gne..wave ultimo mmg trbaik..test ngan meter 125zr mmber gua,,die ckap mter 2 dah 165,,tpi gua kt dpan die sbab moto die dah xleh nak laju lgi..tperanjat gak gua..meter wave 2 berat..same ngan meter krete..nak lgi sdap,,setting spoket 13-33..mlayang prginye kt highway

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro.. nanti aku try tengok.. hehehe.. thanks again...

      Delete
  23. Yeahhhh..kongsi ilmu..jngan mmperendahkan moto ni..hahahaha

    ReplyDelete
  24. sebenarnya moto ni ada cut-off speed. dia lock meter takat 110 km/j je.. follow law malaysia.. kalu nk buang cut-off tu, tukaq je cdi standed tu.. guna cdi wave thailand punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu gua ada tanya sorg mekanik ni, dia kata, kalau enjin standard, kalau buang cut-off CDI pun, tak ada banyak beza.. tapi tak tau la.. gua pun tak sure betol atau tak cakap dia...

      Delete
    2. t try cm ne.. kawan feedback.. tggu gaji ting2 motokuu

      Delete
  25. ultimo kawan senang naik 120>< p agak larung sikit laa klo stakat tumtam2, pegibalik2. rendahkan moto, tukar taya dpan kecik sket dlam 70-90 blakang standard 80-90. spoket 14-32.. cume sentuh spring class je tuka springclass racing.. mzt kjapnye la naik 120.. p stakat gear 3 je laa.. gear 4 still drop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la skrg moto aku x leh pi jauh...

      tyar depan standard tapi tayar belakang aku pakai besar sikit. 90-90 kalau tak silap. saja nk try tayar lebar, nk test corner.. hehehe

      sprokoet blakang 32? aku skrg pakai 36 kot..

      pasai spring cluth tu memang betol.. dulu aku tak tau apa2 pasal spring cluth, pasal moto ni. pastu, belajar (tanya2) ngan mekanik masa servis. belajar sikit2.. hehe.. so, dia tukar aku pnya spring clutch, tapi yg bukan aftermarket punya. mula2 power, tapi tak tahan. dah lama sikit, rasa mcm spring tu dah lembik.. so, memang dalam perancangan nk tukar spring clutch racing. nanti bleh tukar skali ngan sproket kot.. hehehe..

      thanks for your info...

      Delete
  26. ingin bertanya..
    ultimo jika di gunakan utk kerja2 seharian dlm 70 km,adakah kuat pakai minyak petrol.macam mana ngan pick-up dan byk kerenak tak ?
    minta maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa, okay je kalau nk digunakan untuk kerja2 seharian.

      dari segi minyak, saya rasa x de masalah selagi tak modify apa2 barang dalam (enjin dsb). lagipun, ramai yang sedia maklum, honda memang jimat minyak. sbb dulu masa saya cerita perjalanan saya dari kelantan ke penang, ramai orang kata : "hang naik honda, sep (jimat) minyak, x pe la..."

      dari segi pickup, so far saya puas hati. tak de la nak kata mantap sangat, sebab, pernah sekali saya try dengan wave dash, dia pergi dulu, tapi top speed saya menang. tapi x de la "lemau" sangat. setakat naik sorang, nk mencilok tu, kira berani la jgak. tapi bab pick up ni, kalau pandai main gear, lagi ok.

      kerenah, so far x de masalah. cuma masa mula2 saya beli tu, rasa mcm setting angin dia slow sikit. yg ni boleh adjust. tu je la rasanya masalah yg saya hadapi so far.

      harap dapat membantu...

      Delete
  27. cmne nk laju kn ultimo nih...skrg pakai 14-36..mmg best..tp top 100 jer..pling tnggi 105....

    ReplyDelete
  28. terpegun dengan Ayen Ha punye penerangan... tanggal air filter dalam kbox je bleh laju sampai cmtu skali... ni yg buat aku minat neh.....

    ReplyDelete
  29. Haha pomen jepun yg bg die formula tuh..

    ReplyDelete
  30. mmg btoi lh brader tu ckp , ak buang jgk filter kt kotak angin tu . pickup bole lawan tupai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. dahsyat sa,pai boleh lawan artupai..

      Delete
  31. adik aku ade pakai ultimo ni . dia kate dia boleh speed 120km\j .. tak tau betol la . tak pnah nak try motor dia bab aku guna 125zr .. huahua . laju gila 170kmj

    ReplyDelete
  32. Satu lagi.....pemilihan minyak pelincir pun pnting jugak....aku guna repsol 4t....prestasi ok je....atau pakai castrol power1

    ReplyDelete
  33. Pakai coil magnet wave 125s comfirm selesai masalah cut off

    ReplyDelete
  34. Pakai coil magnet wave 125s comfirm selesai masalah cut off

    ReplyDelete
  35. Mcm mane pon ko kena kcu enjin gak.

    ReplyDelete
  36. Aku dah 5 tahun pakai wave ni. Blok pun dah rebor sekali sbb minyak enjin kering. Skrg dah 50k milage. Macam2 dah buat utk lajukan. Buang filter dlm kotak angin. Setting kaberator,setting sproket, moto ni kalau xde rintangan angin mmg laju. Standard pun boleh cecah 120 130km/j. Penah adik pakai g convoi masa dia kolej dulu dgn tukar ekzos nobi sproket 15,35 boleh ikut blkg lc 150km/j. Skrg aku pakai 14,33 naik bukit mmg fail. Tp top speed boleh la 125km/j dgn box dan berat aku cecah 90kg. Itu pun rasa laju giler dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko duk mane? Ku keja kt jitra klau rasa nk try camshaft cun. Cari ku.kt tesco jitra.ku keja situ.ku tau kedai setting cun punya.

      Delete
  37. Nk tanye,block racing ap yg sesuai untuk wave 125 ultimo,serta harga cover set repsol

    ReplyDelete
  38. wave 125 ni kan belah magnet minyak hitam keluar x?

    ReplyDelete
  39. Buang air filter..pakai yg racing..tukar spoket 15-34..buang muffler ekzos sb kt dlm tu dia ada sekat (kalau naik slow xde la bunyi kuat mana pon)..sb dari leher masuk ke muffler (ruang kosong) baru keluar balik ikut 2 lubang kecik (mcmna dia nk keluar lancar sb ada roblok kt dlm tu)..minyak isi full taruk 2t sikit..

    ReplyDelete
  40. Kaler motor kita sama admin..sy punya plate PJB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos.. Gear 1 2 3 OK.. Gear 4 mati.. Macam mana mahu bagi hidup gear 4?

      Delete
  41. Bos gear 123 OK but gear 4 very very slow.. Can u teach me bos?

    ReplyDelete
  42. Ok comment pakai moto ni dari 2008(first keluar) sampai la ni (2020) moto dah spec 57 jet 4mm .Wave ultimo ni mmg best barang boleh kacuk je.Bab ekzos aku pakai Cutting standard lc tapi kena ejas welding manifold wave 125.carb pakai nsr mj 120 pj 45.top speed bolehla dalam 140-150 kmh.moto buat bukan nak race pon.sekadar time konvoi tak kena tinggal jauh je

    ReplyDelete
  43. Apa la susah sangat...pakai 2 stroke ajer, memang laju gilerrr...motor pun banyak asap, azab lebih sikit klau dul belakang 2 stroke...

    ReplyDelete
  44. Cdi apo yg sodap sarung kek wave 125 x ni tlg suggest buleh

    ReplyDelete
  45. Aku pkai moto ni dari 2011-2021 skrg x pnh rosak lg , Cuma wiring putus je thun 2019, engine fee mslh masih senyap, moto standard je, buat g kje , hri2 lenjan 60-65km tiap hri, skrg mileage dh 100 000km + 400km x pnh overhaul lg,, sng jaga , tahan lasak, x laju xpe jnji smpai,, huhu

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)