Silat Hantu Raya (kebatinan dalam persilatan)


Dlam dok blokwalking, kadang2 aku tengok ramai jugak yang post entry berdasarkan analisis katakunci (keyword analytic) kat nuffnang. So, aku pon try la tengok aku punya. Nak jugak aku tau apa yang orang dok cari dalam blog aku ni.


Bila dah buka, senarai yang paling atas sekali rupanya “silat hantu raya”. Huh.. KHURAFAT..!!!! apa kejadah silat hantu raya..? banyak lagi silat2 yang bagus. Silat Gayong fatani ka, silat gayong Malaysia ka, silat lincah ka, silat CEKAK ka, dan banyak lagi.

klik untuk tumbesaran sempurna..



Memang tak dinafikan dulu2 ada ja silat yang ada “bela”. Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap[1].


Itu dulu2 la. Sekarang, kalau ilmu kebatinan itu, memang ada. Ilmu kebatinan bagi setiap silat adalah berbeza pengertiannya. Tak semua ilmu kebatinan ada kaitan dengan makhluk halus.  Contohnya, bagi silat cekak (aku belajar silat cekak je, silat lain aku tak tau), ilmu kebatinan yang dimaksudkan ialah ilmu pegangan hati dan bukan ilmu kebal.


ahli demo psscm usm 2010 (induk + kampus kejuruteraan)
gambar kredit to sarah ashila  

Melalui Haji Zain dan pada mulanya dari Pak Ngah Syarif, ustaz Hanafi (pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia-PSSCM) dapat memutuskan fahaman kebatinannya (iktikad, pegangan hati). Yang dimaksudkan dengan fahaman kebatinan itu ialah membersihkan hati atau menghilangkan sakit jiwa, seperti tubuh boleh berpenyakit, roh juga boleh berpenyakit (risau, sombong, gila pangkat dan lain-lain lagi ).

penyakit jiwa ini mesti dibuang supaya roh dapat berhubung dengan Allah taa'la dengan tenang dan khusyuk. dengan ini, jiwa akan merasa tenteram dan aman dalam dunia ini. setelah roh mendapat kesejahteraan, tubuh juga akan memperoleh kesejahteraan dan dapat mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.[2] 


Dan visi PSSCM sendiri ialah “Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysia dan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam.”[3]

LAKSAMANA SUNAN, watak utama dari novel bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pecinta, cinta sufi, dan sutera bidadari karya Ramlee Awang Murshid. contoh terbaik penggunaan ilmu kebatinan dalam persilatan. kalau nak tau lebih lanjut,klik gambar ni.

Silat2 yang ada kebatinan ni ada jugak yang ada unsur Islam, seperti Silat Syeikh, amalan al-Fatihah, Silat Seru, Silat Sinar Islam, Silat Hikmah, Silat Daim Perati dan sebagainya. Amalan tersebut melibatkan pengijazahan daripada guru kepada murid, amalan-amalan berzikir, seperti yang banyak diamalkan dan lain-lain lagi termasuk berpuasa dan berpantang supaya jangan tinggal sembahyang, jangan berzina, jangan melawan guru, bermusuhan sesama anak murid, kekuatan yang ada mesti untuk Islam semata-mata dan sebagainya.[4]

gambar hiasan dari uncle google



Apa2 pon, silat Cuma salah satu usaha nak menjaga diri. Menjaga diri tu wajib. Tapi belajar silat, jangan bergantung kepada silat. Bergantunglah kepada Allah...


Yang selebihnya, wallahu a'la wa a’lam...


Rujukan :

[1] Apa itu saka? http://abuzulfiqar.tripod.com/id72.html
[2] Halimah hj Ahmad. tesis cekak. (bahagian fahaman kebatinan hanafi) m/s 27-28   http://www.scribd.com/doc/18595653/tesiscekak
[3] misi PSSCM http://www.silatcekak.org.my/index.php/persatuan/misi.html
[4] silat melalui perantaraan jin lebih memudharatkan http://grenbara.bravejournal.com/entry/17871


Post a Comment

15 Comments

  1. orang suke bersilat kot. sbb tu tinggi kata kunci. hahaha

    ReplyDelete
  2. memang la.. yg tak tahannya sebab ada pkataan "hantu raya" tuh... hehehe

    ReplyDelete
  3. silat die tu bole gune time raye je kot. haha~

    ReplyDelete
  4. hantu raya tu yg pelik tu.. :)

    ReplyDelete
  5. uish , ada jugak keyword macam tuh ? dah tu tempat pertama pulak . dasattt ;)

    ReplyDelete
  6. eh , blog ni tukau template haaa . hehe ..

    ReplyDelete
  7. encik akim : time raya mna org guna silat. tim etu x de gadoh punya... smua org dah saling bermaaf-maafan... hehehe

    lala shaheila : tu la... hantu raya jugak yg dicarai.. ehehe

    Tia: yeea... ada jugak yang perasaan... ('',)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum w.b.t..silat or mana2 seni mempertahankan diri memang penting pada masa kini, belajar dengan niat pertahan diri bukan untuk membuli orng lain..insyaAllah diberkati..mau tanya, kebatinan dalam persilatan memang ada dalam mana2 silat. macam mana kalau belajar n amal lebih dari satu jenis silat..adakah tahu apa effectnya?^_^

    ReplyDelete
  9. bergantung kepada jenis silat jugak la... kerana kebatina dalm setiap silat berbeza.. insyaAllah, selagi silat2 yang dibelajr itu tak menyimpang dari ajaran islam, rasanya tak ada masalah. kerana di penghujung kebatinan itu ialah mendekatkan diri kepada Allah yg Esa. tapi kalau yg ada unsur2 makhluk halus ni, waallahu a'lam...

    ReplyDelete
  10. owh..terima kasih atas pendapat..

    ReplyDelete
  11. pengemis cinta : sama2.. saya pon masih lagi belajar dalam bnde2 macam ni.. ni just pandangan saya je.. kalau nk tahu lebih lanjut, boleh rujuk kepada yang lebih pakar..


    siti nadzirah zakariah : silat raja pukul? ish, x penah dengar pulak.. hehehe.. lagipon, kalau psai silat2 lain, elok rujuk kepada ahli mereka sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  12. hehe..laksamana sunan xtahan tu..
    bagos entri nih.. :D

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)