kaum muda dan kaum tua

prolog

pagi itu, aku ada paper organic chemistry untuk peperiksaan kscp di usm. sesudah subuh, bagi menaikkan semangat aku untuk revise sikit2 apa yang aku dah study semalam, aku mulakannya dengan membuka fesbuk. bukannya buat apa pon, just tengok notification skit, lepas tu, revise la..

dalam aku dok selak nota aku sehelai demi sehelai, tiba2 keluar mesej dari chatbox fesbuk. mesej dari seorang sahabat lama baru. menanyakan pendapat aku tentang isu "kaum tua dan kaum muda." tentang perbalahan mereka mengenai cara pemikiran dan method perjuangan.

huh..!!! berat tajuk tuh.. hehehe... dan disebabkan kotak fikiranku masih lagi berkecamuk dek reaction2 kimia untuk exam yang akan bermula lagi sejam, aku mintak tangguh dulu jawapannya. dan petang tu jugak, aku cuba jawab soalan tuh.

situasi

pasal bab ni, aku rasa yang hidup aku ni pon dah ada "perbalahan"  yang tak terzahir antara kaum tua dan kaum muda ni. contohnya, kat usm ni, ada 2 persatuan yang aku masuk yang perjuangannya berbaur keislaman tapi methodnya yang berbeza.

persatuan2 yang aku maksudkan ialah halaqah mingguan dari pertubuhan yang aku tak dibenarkan untuk bagitau namanya kat korang dan satu lagi ialah persatuan seni silat cekak malaysia-PSSCM (yes, aku meletakkan silat sebagai satu medium agama)

kedua-dua persatuan ni boleh la kalau nak kata macam kaum tua dan kaum muda. banyak perbezaan. dari sebelah halaqah, banyak menekankan soal amalan dan ibadat. contohnya, setiap ahli kena hantar "laporan" kepada murabbi berkenaan amalan mereka setiap minggu. contoh laporannya seperti dalam minggu tu, qiamullai berapa yang dibuat, al-quaran berapa juzuk yang dibaca, puasa sunat buat atau tidak, dan sebagainya. tapi berbanding dengan ahli yang lain, aku paling kurang.


di sebelah silat pulak, banyak menekankan soal "perdu" berbanding "ranting" . lebih menekankan soal aqidah berbanding syariat. dan cara pembawakannya kalau sekali pandang macam tak ada kaitan dengan agama.

sebab tu orang luar selalu memprejudiskan silat. sebab mereka tak masuk. tapi sekadar tengok luaran saja. tu pon dari luar. dari jarak jauh pulak tuh.apa sangat yang mereka boleh nampak?

bak pesan ustaz hanafi dalam pantun cekak :
silat cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
insyaAllah beroleh faedah[1]
bagi aku, "mereka" berdua ni tak ubah macam kaum tua dan kaum muda. punya matlamat yang sama tapi dengan cara pembawakan yang berbeza. yang bestnya, aku kat tengah2. woha...!!!

so, buat apa nak pening2. yang baik kita ambik, yang buruk kita tinggal. maka, aku ambik ja dua2. at least, yang mana ada kekurangan, boleh ditampung denga nyang lain. dalam hal ni, aku cukup suka dengan sebaris ayat dalam lagu dari kumpulan rabbani : walau pandangan jauh berbeza tak bermakna ada salah ada benar[2]. kita nak bersatu, bukan nak berpecah...!!!

kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama
kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah..[3]



Pha is


rujukan :

[1] Hanafi hj Ahmad. pantun cekak. Majalah Suara Cekak 1. 1975. dari : http://www.silatcekak.org.my/index.php/persatuan/pantun.html
[2] rabbani - satu qiblat yang sama
[3] Ishak Itam. "konsep dan ciri keagamaan dalam silat cekak." kursus tenaga pengajar seni silat cekak. island view resort, Terengganu. 4 Jun 1992. dipetik dari :
Prof Madya Ar. Dr. Abdul Majid Ismail. berita cekak bil. 2, jun 2003 : http://www.silatcekak.org.my/arkib/artikel/jatidiri.html

Post a Comment

0 Comments