Terjemah hadits :
Dari Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Assa’idi r.a dia berkata : Seseorang mendatangi Rasulullah S.A.W, maka beliau berkata : Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku sebuah amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku, maka beliau bersabda: Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.
(Hadits hasan riwayat Ibnu Majah dan lainnya dengan sanad hasan)
Pelajaran yang terdapat dalam hadits :
1. Menuntut kecukupan terhadap dunia adalah perkara wajib, sedang zuhud[1] adalah tidak adanya ketergantungan dan terpusatnya perhatian terhadapnya .
2. Bersikap qanaah[2] terhadap rezeki yang halal dan redha terhadapnya serta bersikap ‘iffah[3] dari perbuatan haram dan hati-hati terhadap syubhat[4].
3. Jiwa yang merasa cukup dan iffah serta berkorban dengan harta dan jiwa di jalan Allah merupakan hakikat zuhud.
Maksud menurut kamus dewan edisi ke-4:
[1]zuhud - soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia
[2]qanaah - sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dgn apa yg ada.
[3]iffah - mengekangan hawa nafsu
[4] syubhat – syubhah - kesamaran (kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram).
Tema-tema hadits :
1. Zuhud :
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”
(Al-Kahfi, 18 : 46)
0 Comments