masih lagi berkisar sekitar kes pukau di USM baru2 ni. Tapi cuma kali ni, aku teringat tentang kes yang hampir sama yang pernah berlaku kat asrama sekolah aku dahulu. Kalau dulu aku bawakan kisah hantu kat asrama sekolah aku, kali ni aku nak cerita pasai kes toyol pulak. Kes ni berlaku dalam tahun 2005, masa aku form 3.
Semuanya bermula dengan kejadian “Ba-im ligan (kejar) toyol”. Heboh satu asrama dengan kejadian tersebut. Bermula saat itu, saban malam ada sahaja cerita2 dari para pelajar yang terserempak dengan makhluk hijau ini.
Dalam masa yang sama, dilaporkan juga ada beberapa pelajar yang keluar membeli kacang hijau dan meletakkannya di tengah dorm bersama dengan taburan bedak bagi melihat tapak kaki makhluk ini. Tidak kurang juga yang berjaga malam bagi menangkap makhluk durjana ini.
Tapi malangnya aku tak tahu perincian kes2 tersebut sebab masa tu, aku tak layan sangat dengan serangan toyol ni. Aku buat bodo je. Tak heran pon.
Serangan2 toyol ini berlanjutan dalam lebih kurang 2 minggu sehinggalah tersebar satu cerita bahawa salah seorang pelajar tingkatan 5 telah Berjaya membuatkan toyol2 tersebut “terbakar” di dorm pelajar tingkatan satu.
Menurut pelajar tingkatan tingkatan 5 tersebut, dia terdengar suara budak2 bermain-main semasa dia tidur dan menyangka ianya suara pelajar tingkatan 1. Setelah memarahi “mereka” agar diam dan terus tidur, dia lantas mengiringkan badannya.
Tetapi, semasa mengiring, dia terasa seperti terpeluk “sesuatu” dan setelah membuka mata, kelihatan seekor toyol sudah pon berada dalam dakapannya.
to be contimue...
hehehehe...
7 Comments
toyol selarang mana layan kacang hijau,,,cuba pancing dia ngan laptop..kita on l.top kt tgh2 bilik,,pstu siap on kan facebook untuk dia,,mesti dia layan habis ..time tu la kalau kita nk tgkap ke,,nak serbu ke...kita buat...haha
ReplyDeletehuhuhu,, continued plak,, T.T
ReplyDeletehoh sj wt smbungan plak...
ReplyDelete@sophie, continue la... baru saspen... hehehe
ReplyDelete@akilah, kalau nk tw sambungan, kna mai jenguk selalu la... hehehehe
ReplyDeletesmbong la.....tngh syok bca nih....
ReplyDeletekepala plug : laa.. aku lupa nk sambung erita ni rupanya.. nnti aku refresh balik ingatan aku... hehehe
ReplyDelete