PENDAFTARAN KURSUS SEMASA CUTI PANJANG (KSCP) SIDANG AKADEMIK 2010/2011
1. Jadual KSCP, Sidang Akademik 2010/2011
Cuti : 7/5/2011 (Sabtu) - 22/5/2011 (Ahad)
Tempoh Mengajar & Pembelajaran : 23/5/2011 (Isnin) - 3/6/2011 (Jumaat)
Peperiksaan : 6/6/2011 (Isnin) - 10/6/2011 (Jumaat)
Cuti : 11/6/2011 (Sabtu) - 11/9/2011 (Ahad)
2. Tarikh dan Tempat Pendaftaran Kursus
(a). Pelajar yang terlibat perlu mendaftar kursus secara “online” pada 25 – 26 Mei 2011 (Rabu dan Khamis) di Pusat-pusat Pengajian/Pusat.
(b). Pendaftaran kursus KSCP adalah menerusi Sistem PKDT yang boleh dicapai melalui menu ‘Online PKDT’ dalam Sistem Maklumat Universiti-Pelajar (SMU-P) Pusat Pengajian.
3. Senarai Penawaran Kursus
(a). Pusat Pengajian perlu memuktamadkan senarai penawaran kursus KSCP (sekiranya ada) sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Pemeriksa Pusat Pengajian/Pusat menimbangkan keputusan peperiksaan Semester 2, S.A. 2010/2011 pelajar/kursus masing-masing. Senarai ini perlu dihantar kepada pejabat Unit Pemprosesan Data & Rekod bagi tujuan kemasukan kursus-kursus terlibat ke dalam senarai penawaran
kursus KSCP Universiti. Kursus dengan gred ‘TL’ pada Semester 2 yang akan dilengkapkan grednya pada
KSCP, juga perlu disenaraikan.
(b). Sebarang pindaan atau tambahan kepada senarai tersebut perlu dihantar selewatlewatnya pada 23 Mei 2011 (Isnin).
4. Asas & Syarat-Syarat Kelayakan Pelajar Mengikuti KSCP
(a). Keputusan peperiksaan “provisional” Semester 2, S.A. 2010/2011 boleh/akan diguna pakai bagi tujuan pendaftaran kursus KSCP ini.
(b). Pelajar adalah layak mengikuti KSCP dengan syarat telah gagal (gred F) di dalam kursus berkenaan terlebih dahulu.
(c). Pelajar yang memperolehi gred ‘DK’ dibenarkan mengikuti KSCP. Pelajar yang mendapat keputusan ‘C-’, ‘D+’, ‘D’, ‘D-’ juga boleh mengulangi kursus semasa KSCP.
(d). Pelajar yang memperolehi gred ‘F*’ dan ‘X’ tidak dibenarkan mengikuti KSCP.
(e). Pelajar yang terlibat dalam latihan-latihan industri/mengajar/amali tidak dibenarkan mengikuti KSCP. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan boleh membenarkan pelajar yang mengikuti latihan-latihan industri/mengajar/amali untuk mengikuti KSCP.
* Sila ambil perhatian bahawa pelajar yang telah disahkan layak berijazah selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester 2 adalah tidak layak lagi mengulangi mana-mana kursusnya semasa fasa KSCP.
5. Syarat-Syarat Pendaftaran Kursus
(a). Pelajar yang ingin mengikuti KSCP wajib mendaftar kursus di Pusat Pengajian masing-masing.
(b). Pelajar dibenarkan mendaftar maksimum 3 kursus dan tidak melebihi 10 unit. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan boleh membenarkan pelajar mendaftar lebih daripada unit tersebut.
(c). Pelajar yang mengikuti KSCP tidak dibenarkan menambah ataupun menggugur kursus selepas minggu pertama.
6. Pelajar Tahun Akhir
(a). Pusat Pengajian perlu mengenal pasti dan menghubungi pelajar tahun akhir masing-masing yang perlu mengikuti KSCP bagi tujuan keperluan pengijazahan.
(b). Pelajar tahun akhir yang telah memenuhi semua syarat pengijazahannya dan selanjutnya disahkan layak berijazah oleh Universiti selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester 2, S.A. 2010/2011 adalah tidak layak lagi mengikuti KSCP.
7. Keputusan Peperiksaan Semester 2, Sidang Akademik 2010/2011
Keputusan peperiksaan “provisional” (lulus/gagal) dijangka akan diumumkan pada 24 Mei 2011 manakala keputusan rasmi (bergred) pada 6 Jun 2011 melalui perkhidmatanperkhidmatan berikut :-
(a). TeleAkademik
- Dail 600-83-7899
(b). Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
i. Taipkan :
USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>No. Kad Pengenalan Pelajar<>jarak<>Angka
Giliran>
ii. Dan hantar ke 15888
( Contohnya = USM RESULT 760230075685 45687 )
(c). Portal “Campus Online” USM (campusonline.usm.my)
8. Keputusan Peperiksaan KSCP, S.A. 2010/2011
Keputusan dijangka akan diumumkan pada 1 Julai 2011, juga melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam perkara 7.
(sumber)
0 Comments