hari ibu?



aku jeles bila ramai rakan blogger aku meluahkan perasaan mereka terhadap ibu2 mereka. erm.... sebnarnya jeles bukanlah istilah yang sesuai yang aku maksudkan. entahlah. susah aku nak terangkan.

ya, aku bersyukur sebab ada seorang insan bergelar ibu. aku sedaya upaya menjadi anak yang baik a.k.a anak yang soleh. (ameen..) dan segala perkara baik yang aku lakukan adalah ibadah.

bak peringatan Allah yang terpahat indah dalam Al-Quran yang bermaksud :
"dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah. dan menyusukannya dalam usia 2 tahun. bersyukurlah kepadaKu dan kepada orang tuamu. hanya kepada Aku kamu kembali."
(Luqman, 31:14)
namun, seperti yang aku sebuatkan tadi,  aku bersyukur dan sedaya upaya menjadi anak yang soleh. berbakti selagi mana aku mampu. i noe dat dis might sound weird, but dulu, dalam hal "ibu dan anak" ni, aku macam terkontang-kanting.

aku tahu aku sayang mak tapi "susah nak dizahirkan." mungkin sebab sudah terbiasa dalam family aku. we noe dat we love each other, we care each other, we took care of each other, cuma tak "dizahirkan."

sehinggalah aku baca buku "aku terima nikahnya" nukilan hasrizal abd jamil. salah satu isi dalam buku tu betul2 kena tepat batang hidung aku, situasi yang sedang aku hadapi
.

dan dalam buku tu, ada diselitkan nasihat beliau berkenaan situasi aku ni. and so far, aku cuba beramal dengan nasihat beliau. sehinggalah sekarang. kalau nak tahu lebih lanjut, baca sendiri buku tu.

apa2 pon, tanggung jawab aku sebagai seorang anak tetap perlu berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa aku. kerana itu suruhan agama. kerana Allah.

"ribbighfirli wa liwalidaiya warhamhuma kama robbayani soghiro..."

dari seorang anak,

Pha is

Post a Comment

0 Comments