Day 21 - A picture of something that makes you happy


dari entry cabaran 30 hari

walaupon sebelom ni aku dah post gambar ni, tapi bagi aku, gambar ni lah antara gambar yang membolehkan aku tersenyum bila tengok.

memang agak banyak kenangan best2 masa aku kat PLKN dulu. antaranya ialah "kejutan budaya"

cuba korang bayangkan kalau korang berada di tempat aku. seorang budak SMKA yanag agak SKEMA yang hanya terdiri dari kalangan pelajar LELAKI sahaja selama 5 TAHUN tapi tetiba ditempatkan dalam suatu kelompok manusia yang bercampur lelaki dan perempuan yang dari pelbagai latar belakang (caca-marba) dalam hampir setiap aktiviti.

memang bila aku masuk PLKN, banyak perkara yang aku belajar. antaranaya  : "owh, macam ni rupanya perangai budak2 zaman sekarang..."

tapi, Alhamdulillah, aku bersyukur sebab tak hilang punca dan arah sepanjang aku dalam kem tersebut. sebaliknya, banyak pengalaman yang berguna yang aku boleh ambil dari kem tu.

semua tu bukan dari pengisian kem tu sebab pengisiannya hampeh jew. yang aku maksudkan ialah pengalaman tak langsung. dari perkenalan dan pergaulan antara aku dengan member2 kat sana.

dan semua ni la yang membuatkan aku tersenyum setiap kali teringat kat kem.

sekian....



p/s : kepada pelatih berkenaan, aku mohon maaf berbanyak-banyak. hati aku belum terbuka untuk sesiapa... (n_n)

Post a Comment

0 Comments