Kalau barang korang kena curi, ape korang akan buat? Siasat sampai dapat? Lapor kat jabatan keselamatan? Or “jampi” sampai pencuri tu kembung perut?
Baru2 ni ada barang aku yang kena curi. Lokasinya di depan BSN berhadapan dengan skool seni (of course la dalam usm). Dan barang tersebut adalah helmet “free” yang aku dapat masa aku beli moto tak lama dahulu.
Bak kata timbalan ketua polis pulau pinang dalam ceramahnya di dewan kuliah X baru2 ni, kebanyakan kes2 jenayah yang berlaku berpunca dari peluang yang terbuka. Makna kata, mangsa sendiri yang memberikan peluang kepada pencuri untuk mencuri. Contohnya seperti yang terjadi kat aku. Dah aku tak “ikat” helmet kat moto, so, ader la orang yang akan curi.
Teori ni mungkin betul. Tapi adakah hanya salah mangsa semata-mata? so, salah siapa? Untuk persoalan ni, lu pikir la sendiri. Aku tak nak PENING2kan kepala aku dengan benda2 yang macam ni.
Yang aku nak cerita, lepas berlakunya peristiwa tu, fikiran aku agak buntu. Bukan sebab helmet aku kena curi, tapi sebab dok pikir macam mana aku nak balik bilik tanpa helmet?
Lantas aku pon call kawan aku. Mula2 mintak tolong aepul. Die free, tapi tak de helmet lebih. Then, aku call arip, mungkin nak pinjam helmet dia kejap sebab skool dia dekat je dari “crime scene”. Mungkin sempat aku balik bilik untuk ambik helmet spare aku (helmet yang aku beli sebelom aku beli moto. So, aku ada dua helmet masa tu, termasuk helmet yang kena curi.)
Tapi malangnya arip tak angkat2. Kalau nak jalan kaki, aku agak mengah sebab masa tu aku baru lepas pekena nasi kandar kat subaidah, belakang tu je. Then, aku pon fikir la jalan penyelesaian sambil pekena rojak yang dijual kat gerai tepi tu.
Sambil2 aku dok layan rojak, tetiba datang pulak amir ihsan, member sekuliah aku. Dia datang balik sebab beg dia kena curi. Hah..!! memang sah la ni kes kecurian. Beg tu dia letak dalam raga moto yang diparking sebelah moto aku.
Setelah setengah jam berfikir, aku pon mengambil keputusan untuk balik naik moto tanpa helmet. Masa aku nak start moto, macam2 jugak la doa yang aku baca. Tapi, sepanjang perjalanan tu, aku tak henti2 ulang sepotong ayat dari surah yasin yang berbunyi “waj-a’lna min baini aidihim sddau wa min kholfihim saddau faaghshainahum fahum la yubsiroon.”
Maksud ayat tu pulak ialah : “Dan Kami jadikan di hadapan mereke sekat (dinding) dan di belakang mereka juga sekat, dan Kam tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.” (Surah Yasin, ayat yang ke-9)
Kalau tak silap aku, ayat ni nabi pernah guna masa baginda nak berhijrah ke madinah. Masa tu, orang kafir quraish dah kepong rumah baginda. Tapi baginda ambil segengam pasir lantas membacakan ayat ni dan pasir itu pon dilemparkan. Lepas tu, baginda dan para sahabat berjalan dalam kerumunan orang kafir quraish tanpa disedari oleh mereka.
Hasilnya, Alhamdulillah, aku selamat sampai ke bilik tanpa sebarang “gangguan”. Rilex jew aku potong orang jabatan keselamatan. Tak de kena tahan pon.
Tapi lepas ni jangan pulak korang guna ayat ni untuk kerja jahat. Contohnya, guna ayat ni untuk mencuri. Haram hukumnya. Aku dah sebab dhorurat. Dah helmet kena curi. Bukan saja2 nak langgar peraturan jalan raya.
Kesimpulanya, aku masih bersyukur sebab hanya helmet “free” aku sahaja yang kena curi. Kalau pencuri tu kasi angkat aku punya moto, lagi teruk. Walaupon barang aku dicuri, tetapi aku ni dikira beruntung la jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih teruk diuji oleh-Nya.
ALHAMDULILLAH....
ALHAMDULILLAH....
3 Comments
takziah aku ucapkan..
ReplyDeletesmoga tabah hadapi sisa-sisa hidup..
hg la... aq kol x angkat2....
ReplyDeletesy pn sma..hahaha...hlmet x ad..sppu2 guna...sy blik kg kt kuala ketil x pkai helmet..tp ikot jln singkt la...hahaha..x kna ap2 pown..haha
ReplyDelete