Seperti yang dijanjikan, sambungan dari entry "tangis dan air mata" dan "tangis dan air mata_2", kali ni aku bawakan "tangis dan air mata_3" .Tapi kali ni special edition punya. Edisi air mata yang tak sia2..
Kes ke-5 :
Sejak aku form 5, aku dah mula nangis masa berdoa dan masa solat. Dan sekarang ni, kalau aku beristighfar pon dah cukup untuk membuatkan air mata aku mengalir kalau aku betul2 maksudkannya.
Sejak aku mula sedari yang aku ni berhati lembut, so, why not aku nangis depan Dia? At least, walaupon aku selalu nangis, tapi air mata aku tak jadi sia-sia. Lagipon, besar fadhilat air mata yang mengalir kerana Dia.
Kadang2, masa aku sedih kerana perkara “dunia”, kerana ujian, kerana kesulitan, mahupon kerana kesyukuran atas sesuatu, kalau tak tahan, dan rasa nak nangis,kalau aku x solat lagi, cepat2 aku pi solat(sekarang ni iman aku agak down sebab payah nak solat awal waktu).
Dan lepas tu masa berdoa konfom nangis teresak-esak punya. Sampai kuar hingus..!!! tapi aku tak kisah sebab aku puas..!!!! kerana aku dah luahkan kat Dia. Tapi tengok2 sama la. Kalau rumate ader dalam bilik tu payah sikit la. Hehehe...
Kes ke-6 :
Kadang2 aku juga nangis bila dengar ceramah agama. Kalau dalam ceramah tu, tetiba jew ada peringatan yang sampai ke hati aku, atau pesanan yang menginsafkan aku, mesti aku rasa nak nangis.
Dan kalau aku terasa sikit2 pon, aku akan cuba keluarkan jugak air mata aku. Since aku senang nangis, selalunya keluar jew...
Tapi ni hanya untuk ceramah yang menginsafkan. Kalau ceramah yang dok gelak2 saja tu, aku tumpang gelak jew. Tak kan orang buat lawak pon aku nak nangis? Sat lagi tak pasal2 orang antar pi tanjung rambutan.
Kes ke-7 :
Mambaca juga boleh membuatkan air mata aku jatuh. Dari buku2 picisan sampailah buku2 agama termasuklah terjemahan al-quran.
Contoh buku yang pernah keluarkan air mata aku ialah novel “tombiruo terakhir” karya Ramlee Awang Murshid. Sedih masa watak ejim a.k.a amaruddin diacukan senapang kat kepala dia. Saat dia membacakan talkin kematian kat diri dia sendiri.
Kalau buku agama pulak, antaranya ialah “penenang jiwa”, terjemahan kitab “mukashafah al-qulub” karangan imam al-ghazali yang diterjemahkan oleh Muhammad qadirun nur. Agak meremang la bulu roma aku bila baca kitab tu. Bila aku baca buku tu, terasa sangat yang aku ni masih terlalu sikit beramal dan terlalu ingatkan dunia.
Kalau tejemahan al-quran tu, biasa la. Yang paling aku sebak bila baca ialah ayat 27-30 dari surah al-fajr. (89:27-30). Terjemahannya ialah :
“wahai jiwa yang tenang.kembalilah kepada Tuhanmu dengan dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.”
Memang aku berharap sangat agar nafsu aku ni bertukar ke nafsu “muthmainnah”. Agar aku tergolong dalam golongan yang disebut dalam ayat tu. Rasa sayu jew bila baca ayat tu. Alangkah indahnya kalau ayat tu Allah tujukan kat aku. Dan aku pon rasa terpanggil untuk menyahut seruan tu.
Kesimpulannya, bagi sesapa yang macam aku, yang senang sangat menangis, kalau boleh, tinggikan harga air mata korang. Jangan biarkan ianya mengalir begitu sahaja tanpa mendapat apa-apa. Kalau air mata sedih, bersedihlah sambil mengadapNya. Kalau air mata gembira, jadikan ianya penzahiran syukur kepadaNya.
sekian.....
p/s : bagi yang berkenaan sahaja~ok. fine..!!! ni yg terakhir. x de lagi dah smbung2... puas hati???? lepas ni tumpu utk nk mnjawab soklan ko plak...
sekian.....
p/s : bagi yang berkenaan sahaja~ok. fine..!!! ni yg terakhir. x de lagi dah smbung2... puas hati???? lepas ni tumpu utk nk mnjawab soklan ko plak...
1 Comments
hahhahahahahaa..yelah2...
ReplyDelete