Pilihan_2 : “kalaulah……”


Entry kali ni lebih kurang sambungan kepada entry “pilihan” yang lepas. Kalau dalam entry tu, aq bagitau kesalahan aku, kat sini plak hasil yang terjadi akibat ‘kesalahan’ aku. so, kalau nak lebih paham, baca yang tu dulu.

bagi yang belum tau, salah pilih di sini bukannya pilihan antara baik dan buruk. Tapi pilihan yang kita tak tau yang mana yang baik bagi kita sehinggalah kita telah jauh susuri salah satu pilihan tersebut. Dan kadang2, bila kita sedar yang pilihan tu adalah yang tidak seperti yang kita harapkan, kita tak dapat nak keluar dari pilihan tu. tak ada jalan keluar. Dan benda ni la yang sedang berlaku kat aku.


Baru2 ni, aq dah check aku punya result untuk final exam sem lepas. Walaupon hanya tulih lulus atau lulus*(lulus* maksudnya C- dan kebawah dan perlu diulang.), tapi bila sekali tengok, memang mengucap jugak la aku. serius teruk. Then, tak ape la. Aku redha. Aku dah usaha.

Dalam banyak2 subjek yang ada dalam senarai result tu, sebelum ni, ada 1 subjek yang aku telah nazar. Aku dah pon bernazar yang kalau aku lulus subjek tu, aku akan cukur kepala aku. tapi sayang, memang nampaknya tak dapat la aku lunaskan nazar aku tersebut disebabkan aku Cuma lulus* je. So, kawan2 aku kat usm nanti tak dapat la nak melihat aku dalam keadaan botak.

Pointer memang aku tak tau lagi la. Sebab tak ada gred lagi. Lepas tu, aku pon masuk la kat bahagian “e-daftar” untuk daftar kos. Dan malangnya, tertera di page tu bahawa aku tidak dapat mendaftar kursus aku melalui on-line!!!

Tertulih kat situ, antara sebab kenapa aku tak boleh daftar macam biasa adalah kerana sama ada aku p1, p2, atau pon aku telah digantung pengajian. Lebih kurang macam tu la. Pergh... terpana dan terkasima aku sebentar di depan pc kat cc.

Memang aku down terus bila tengok benda tu. balik je umah terus hilangkan tensyen aku tu dengan main cs. Benda yang aku paling khuatir dalam hidup aku akhirnya telahpon aku berhadapan dengannya.  So, nampaknya memang agak mustahil untuk aku menghabiskan kursus farmasi ni dalam masa 4 tahun.

Dan sem depan, mesti banyak benda yang akan berubah. Antaranya kerja2 aku dalam persatuan. Terutamanya persatuan silat cekak dan persatuan sains farmasi. Ko-k pon aku risau gak. Kalau drop, rugi la sebab ko-k silat cekak dikira berdasarkan sidang dan bukannya sem. So, kalau aku drop, sia2 la aku amik masa sem 1 ari tu. markah tak dapat.

Tapi tak pe. Benda dah jadi. Tanggung je la. Sabar.setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku tak kan sekali-kali kata “kalaulah dulu aku tak amik farmasi…” bukankah dalam islam, istilah tu dilarang digunakan dalam penggunaan ayat yang membawa maksud seakan-akan demikian. Seolah-olah kita menyalahkan taqdir Allah.
Aku tak akan lupa apa yang telah ustazah aku ajar masa kat sekolah menengah dulu. Kita belajar bukan untuk ambil exam je. Kan? Ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa stereng (kata ustaz kat skolah aku dulu)

 Macam yang aku cakap sebelum ni,(contohnya dalam entry "kerja dan sibok") aku ni jenis yang kuat berangan. Dulu, sebelum aku belajar tentang penggunaan istilah “kalau” ni, antara perkara yang aku selalu angankan adalah “kalaulah” aku dapat kembali ke masa lalu dan membetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan. Dan bagi menjayakan angan2ku tersebut, aku siap tulis diari lagi (macam pompuan la pulak) yang aku namakannya “deathnote” sempena tajuk anime/manga/movie dari jepun yang aku minat giler(at least nama diari aku ada la sentuhan maskulin skit). tapi namanya macam surat wasiat la pulak. Siap ada perkataan “death” lagi. Tak pe, at least boleh ingatkan aku kepada mati.

Aku mencatit segala “kesilapan” yang aku lakukan pada sekian2 masa dan tempat (dan termasuklah hal2 yang lain.). Kononnya kalau aku boleh kembali ke masa yang terdahulu, aku boleh bawak sekali diari tu, dan tunjukkan kat “aku” zaman dulu. (Fuh.. kuat giler angan2 aku ) tu dulu la. Masa dalam fasa “pra-matang”.

Secara tak langsung, sama ada aku sedar ataupon tak, aku bukan saja menggunakan istilah “kalau” tu, malah dah macam mempraktikkannya. Astaghfirullahal azim.. tapi, sejak aku tau berkenaan istilah “kalau” ni, aku dah tinggal dah perangai buruk aku tu. elakkan diri aku dari guna istilah tu.

Ok. Back to the story. Aku Menyesal? Ya. Memang kadang2 aku rasa skit menyesal. Tapi sikit jew. Selebihnya aku berserah. Apa nak jadi, jadilah. Tak kan aku nak bunuh diri pulak Kan..! pelajaran memang penting. Tapi, tu bukanlah segala-galanya.

seperti mana yang berlaku dalam sem2 yang sebelumnya, konfom la aku akan berazam nak study betul2 untuk sem depan. Dan juga seperti mana sem2 yang sebelumnya jugak, azam aku selalunya hanya sekadar hangat2 taik ayam(hampeh betul...)

tapi, disebabkan pencapaian aku kali ni adalah yang terburuk dalm tempoh 3 semester, aku harap, azam aku kali ni biarlah teguh, utuh, dan kukuh. tak nak lagi goyang2. InsyaAllah... ameen.... doa2kan lah ye...

Post a Comment

2 Comments

  1. kisah hidup ny mmg best la...org yg bca blog ny blh timbul smngt nk bina jati diri n keazaman yg kukuh...lg pn skrg ny sy x da cita2...sy x tau arh tuju...nsb baek la ad blog ny..jmpa gak arh tujunyer..hahaha

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. bagus la kalau ada yg dapat beroleh manfaat....

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)