Semua kita tak sempurna. Dalam MEMILIH, ada kala apa yang yang kita buat menjadi. dan ada kala kita buat benda yang akan membuatkan kita rasa kita tak sepatutnya buat setelah ianya terjadi. Secara teorinya, pilihan yang tepat akan membawa bahagia dan pilihan yang salah akan membawa sengsara.
Kenapa perlu ada pilihan yang salah? Mengapa tidak hanya wujud pilihan yang betul dalam dunia ni? Dan kenapa aku Tanya soalan ni..?(gila.!)
Dan kat sini aku tak akan mengupas dan tak akan menjawab soalan2 bodo tu. sebab semua kita tau yang pilihan yang salah adalah pengalaman yang terbaik yang boleh ajar kita tentang dunia. Cuma apa yang aku tertanya-tanya, kalo kita buat pilihan yang silap, apa yang kita perlu lakukan?
Kali ni, aku nak kongsikan sikit kesilapan terBESAR yang aku pernah buat sepanjang hayat aku. Tak dapat nak dibayangkan betapa sengsaranya aku sekarang disebabkan pilihan aku ni. Semua ini bermula pada tahun 2006. Ketika aku form 4.
Sejak aku kecil lagi, aku MEMILIH untuk menjadi seorang astronomer (bukan astronaut sebab bila aku sebut astronomer, ramai yang salah anggap bahawa ianya sama dengan astronaut.) sebagai cita2 aku. masa aku sekolah rendah, ada satu section kat perpustakaan yang aku selalu pi masa time rehat iaitu section buku2 pasai space. Bagaimana saat kelahiran bintang, kewujudan planet dan galaksi, semuanya aku baca masa sekolah rendah dari buku2 yang selalunya berkulit tebal (tapi isi tak la tebal mana pon. kulit ja yang tebal-but don’t judge a book by its cover..!!).
Dan bila aku di sekolah menengah, aku still minat ntuk baca benda2 ni tapi aku mula sedar yang bidang astronomi ni macam tak ada harapan nak bersubur di bumi Malaysia. Kalau nak hebat, kerja kat NASA, di U.S.A. dan aku ni agak mempunyai semangat patriotic yang tinggi(rasanya la) masa tu. so, last2 aku macam lost confident untuk nak berjinak2 dalam bidang pengkajian bintang. Aku terawang-awang, macam hidup aku masa tu tak ada cita2. Tak tahu nak pilih yang mana.
Semua ni berlaku sehinggalah aku bertemu “kimia” masa form 4. Dan dia telah menjadi subjek fevered aku masa tu walaupon markah ujiannya antara yang paling rendah antara 12 subjek yang aku ambil untuk SPM (sains tulen agama). Tapi, pesan cikgu Linda(cikgu fizik aku masa form 4 dan 5), “apa yang kita minat tak semestinya kita pandai dalam bab tu”. Dan bermula saat itu, aku bertekad, untuk MEMILIH karier yang berteraskan kimia sebagai cita2 aku.
Tapi tobat aku tak akan MEMILIH untuk menjadi seorang doktor! Sebab aku tak minat biology dan kerana aku tak boleh tengok atau bayangkan sesebuah objek berada diluar dan di dalam badan dalam masa yang sama(jarum). dan masa tu, aku juga agak pandang serong terhadap kejuruteraan.(yang ni aku sendiri tak tau kenapa aku tak minat walaupon aku agak ok dalam fizik).
Dan disebabkan aku tak suka tengok objek yang berada dalam dan luar badan dalam masa yang sama, aku pon MEMILIH sains fizik masa aku kat matrikulasi. Tapi, bila aku di matrikulasi, segalanya macam tunggang terbalik. Yang dulu aku minat kini bertukar benci (math), yang dahulu aku hanya aggap sebagai kawan biasa, kini aku mula menyimpan perasaan(fizik) dan aku keliru pada yang pernah aku cintai(kimia). Yang ada Cuma satu persamaan. Aku langsung tak pandang biology. Tapi serius, Matriks betul2 buat aku keliru. Aku semakin keliru bila tiba masanya untuk aku MEMILIH kursus yang bakal aku ambil selepas aku “grad” dari matrikulasi.
Dan kekeliruan ni telah menyebabkan aku silap dalam MEMILIH, dan inilah kesilpan terBESAR yang pernah aku buat dalam hidup aku(buat masa sekarang). Dan kesilapan tu ialah apabila aku MEMLIH “farmasi” sebagai pilihan utama dalam borang permohonan online UPU dan USM.
Ya, MEMILIH jurusan farmasi adalah kesilapan terBESAR aku. dengan pointer yang rendah, surat amaran dari biasiswa JPA, isi kuliah yang selalunya aku langsung tak paham, aku fail beberapa paper buat kali ke-2 dalam hidup aku dalam kos ni(kali pertama aku fail ialah ujian sains masa form 3- t upon sebab aku tak hadir) dan aku tak minat biology.
walaupon aku sedikit menyesal(sikit je), tapi hidup msti diteruskan. Aku pasrah. Setelah mak aku cuba meyakinkan aku agar tak tukar kos, aku rasa mungkin kesalahan ni adalah pilihan terbaik aku. mungkin Allah merancang sesuatu yang baik untukku dalam kursus ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma sama ada ianya tersurat atau tersirat.
so, sekarang ni aku just survive-kan diri aku. cuma yang aku risau, takut2 aku jadi macam katak dalam air yang mendidih. tak keluar dari air yang sedang dipanaskan sebab dapat adapt dengan persekitaran yang sememangnya tak sesuai tapi bila sampai satu tahap, ia mati, bila environment jadi terlalu extreme. dan sekarang ni pon, aku langsung tak yakin yang aku boleh grade farmasi dalam 4 tahun.
aku cuma boleh sabar dan bersabar serta terus bersabar. harap2 aku dapat grade. tu je la harapan aku, dan harapan mak aku.
2 Comments
hmm..actually, pharmacy cost ni antara cost yg paling susah kat dunia ni.. apa yg awak pilih tak semestinya awak tersilap, maybe Allah memang nak awak duduk dalam bidang tu. wlaupun pernah gagal tapi itu akan ajar awak erti kejayaan. same to me. saya pernah masuk matrik tapi saya keluar dipertengah jalan. sebab saya takut saya tak mampu nak ambil pharmacy after graduate. so, i chose long path first (dip in pharm). alhamdulillah, so far ok la. ni pun tak lama lagi da nak abes dip. stay strong and believe in yourself. Allah sentiasa ada di samping kita. :)
ReplyDeleteinsyaALlah.. thanks...
Delete