“ko tak bosan ke asyik sibuk dengan kerja je..?” soalan yang pernah diajukan kepada aku.
Semua orang ada kerja dan semua orang sibuk. Ada orang kerja untuk duit dan ada orang kerja untuk pengalaman. Macam2 sebab boleh jadi untuk kita bua kerja. Dan bagi aku, kerja lebih kepada tanggung jawab. Ada jugak yang saja cari kerja sebab tak ada kerja.
Macam2 kerja yang aku kena buat. Dan kebanyakan kerja aku datang dari jawatan2 yang “diamanahkan” kepada aku. Mana dengan dari persatuan sains farmasi usm, persatuan seni silat cekak malaysia usm(PSSCMUSM) lagi, dengan kelab SANTUN, (skim anugerah kecemerlangan anak yatim /miskin nasional-*lebih kurang lagu tu la bunyinya).
Dan untuk cuti semester kali ni pon, aku tenggelam dalam lembah kerja. (bla bla bla…..tak perlu baca perenggan ni-boring. Ckup je korang tau yang aku sibok)Kena uruskan penginapan exco dan squad demo PSSCMUSM, tolong2 untuk melancarkan Hari Tenaga Pengajar PSSCM, latihan demo untuk pertandingan “Waja Diri” PSSCM, dan uruskan kem untuk PSSCMUSM. Tu baru persatuan silat je, yang Persatuan Sains Farmasi ada lagi dua benda yang perlu disetelkan. Laporan kejayaan projek “Karnival Sukan Farmasi” dan pharmaliday. Dan untuk kelab SANTUN, sedihnya aku tak dapat pi ke perkhemahan kat sintok, Kedah sebab clash dengan pertandingan “Waja Diri”. Tapi, aku percaya yang semua tak seberapa pon. ramai lagi yang lebih sibuk dari aku. Persoalannya, perlukah aku hadapi semua ni?
Kerja memang bosan. Tapi, disebalik kebosanan tu kadang2 tanpa kita sedar, sibok dengan kerja ada manfaatnya. Manfaat yang kita langsung tak terfikir. Contohnya, benda yang penah jadi kat aku lebih kurang empat tahun yang lepas, awal September 2006, masa aku form 4.
Pada waktu tu, aku baru balik dari “Kem Penulis Muda NILaM” Pulau Pinang yang dijalankan selama 3 hari(so, time tu pon aku dah memang ketagihkan kerja). Masa tu, aku ni jenis yang kuat berangan. Kalau aku pi mana2 tempat(kem, bengkel, dan sebagainya) mesti at least aku akan amik masa 3-4 hari untuk nak betul2 “tenang” dari kenangan manis (ataupon pahit) dari program tu(seriously). Dan bagi aku, kem ni memang betul2 best. Tambah pula dalam kem tu aku berjumpa dengan seorang “kawan” yang amat serasi dengan aku. (“kawan” aku ni berlainan jantina. Dan aku bukannya malaikat. So, paham2 sendri la). Tapi malangnya aku lost contac terus dengan kawan aku tu.
Balik saja dari kem, hati aku memang tak tenang. Betapa dahsyatnya godaan syaitan masa tu sampai aku lupa dan tersasul doa yang aku baca lepas aku jadi imam maghrib kat surau asrama aku lepas aku balik dari kem tu dek igauan dia.(masa tu, aku ni lujnah da’wah dan qiaddi kat sekolah aku. So, kadang2 “sibok” jadi imam).
Sejurus lepas tu, aku istighfar banyak2, mohon ampun kat Allah dan aku berdoa agar tenangkanlah hati aku dari benda2 yang boleh lalaikan aku dari ingat Dia. Dan tak sampai beberapa minit, doa aku pon termaqbul.
Lepas saja habis solat maghrib, lepas semua student dok kat bilik prep, tiba2 Allah “kurniakan” kami kekaltu(menatang yang suka kat cahaya yang sekali mai dalam gerombolan yang besar). Dan surau “Ar-Raudhah”(aku tak sure nama surau ni still valid atau tak sebab masa tu surau kami tak ada nama. So, sebagai lujnah (exco) yang bertanggung jawab terhadap surau tersebut, aku pon hentam je lah bagi nama Ar-Rudhah, nama yang dicalonkan oleh salah seorang anak buah aku dan setelah menang undi antara ajk surau.) tak terkecuali dari menerima kunjungan makhluk Allah tersebut.
Dan dengan seberapa pantas, aku pon mengerahkan anak buah aku(ajk surau) untuk bersama-sama mengembeling tenaga(ayat feveret bekas pengetua skolah aku, “pak lah jusoh”) untuk membersihkan Ar-Raudhah dari jutaan kekaltu yang hadir disebabkan tempat tersebut bakal digunakan untuk solat isyak. Kami pon “sibok” la dengan menyapu “serangga” tersebut selepas kesemua “mereka” sudah tidak beterbangan lagi.
Dan Alhamdulillah, walaupon agak kelam kabut, kami berjaya membasmi penakhlukan kekaltu di surau Ar-Raudhah sebelom ianya digunakan untuk solat isyak. Akhirnya, aku dan para jemaah sekalian dapat beribadat dengan “tenang”. Jemaah yang lain mungkin tenang dari kekaltu, dan aku tenang dari segalanya, dari igauan yang tak sepatutnya aku igaukan, dan semuanya disebabkan oleh kesibukan aku sebelom tu.
Aku sibuk dari buat kerja sampai aku lupa pasai kem tu(tak la lupa terus, at least aku tenang darinya). Masa aku sibok membersihkan Ar-Raudhah, apa yang aku pikir ialah rasa tanggung jawab dan amanah yang diberikan kepada aku terhadap surau tu. Dan saat itu, aku mula sedar yang aku boleh tenang dari igauan serta bisikan yang menghasut, hanya dengan kesibukan yang datang dari amanah dan tanggung jawab.
Dan yang menghairankan aku, kesibukan dari kerja2 semua yang aku hadapi ni kebanyakannya bukan aku yang meminta. Aku tak rancang pon semua kerja2 ni. Aku dicalonkan, aku menang undi, dan aku diberikan amanah dan tanggung jawab. Dari sekolah(rendah dan menengah), PLKN, matrikulasi, hingga ke university. Seriously, aku tak mau jadi GP(Gila Pangkat-istilah yang dicop pada mereka yang GP kat sekolah aku) aku hanya berserah. Pasrah. Mungkin ini yang terbaik bagi aku.
Lagi pon, Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. So, buat mereka yang pernah Tanya aku kenapa aku sibok, mungkin ini jawapan yang yang boleh aku bagi:
Sibuk membuatkan aku tenang. Tenang bila menghadap Dia. Tanpa igauan sesiapa. Terutama dari bisikan musuh yang nyata. Menghasut jiwa. Yang bermula dari pandangan mata. Seorang insan bergelar hawa.
3 Comments
aku setuju dgn hg...busy itu nikmat bg aku..sebab aku ada tujuan hidup..
ReplyDeletebagus..!!!
ReplyDeleteHurm.. Busy itu nikmat dan juga bencana.. hehehe..
ReplyDeleteBoleh gitu...