Telaga Tok Sheikh, Gunung Jerai Kedah


Dalam entri yang lepas (lihat entri Ride | Gunung Jerai) aku ada cerita apa yang ada kat atas puncak gunung jerai. Kali ni sambungan dari entri tu, aku nak cerita pasal telaga tok sheikh pulak.

Telaga Tok Sheikh


Bila sampai kat atas puncak gunung jerai, aku Nampak ada signboard penunjuk ke arah telaga tok sheikh. Aku pun pergi la singgah. Tapi jalan ke sana agak sempit. Jalan untuk 1 hala sahaja. Kalau selisih kereta memang susah sikit.

Telaga tok sheikh ni sebenarnya dinamakan bersempena dengan nama Tuan Sheikh Abdullah Al-Yamani. Menurut tugu peringatan kat situ, Tuan Sheikh Abdullah Yamani ni orang yang bertanggung jawab mengislamkan Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1136 Masihi (531 Hijrah).



Air telaga ni digunakan oleh Tuan Sheikh Abdullah Yamani dan tukang-tukang beliau semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan masjid (mercu tanda) di puncak gunung jerai.

Tuan Sheikh Abdullah Yamani


Pada sekitar tahun 1136 Masihi, Sultan Muzaffar Shah merupakan Raja yang ke-9 di Kedah atau dikenali sebagai Kalaha dan bernama Maharaja Derbar Raja sebelum memeluk Islam. Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab iaitu Sheikh Abdullah yang datang dari Tanah Arab.

Maka dengan hidayah yang diturunkan oleh Allah S.W.T, baginda serta para menterinya telah beriman di jalan Allah S.W.T dengan menukar namanya dan menamakan negeri baginda kepada Kedah Darul Aman.

Kemudian Baginda melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat peribadi baginda. Sultan Muzaffar pernah bertanyakan kepada Sheikh Abdullah bahawa di Tanah Arab apakah yang paling mulia di sana. Sheikh Abdullah mengatakan selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah serta Rasul.


Oleh itu, baginda telah menitahkan supaya membina sebuah menara di tempat yang tinggi serta berdekatan dengannya. Sheikh Abdullah mengutarakan cadangan supaya tapak menara tersebut dibina di kemuncak Gunung Jerai.

Katanya lagi, menara itu bukan sahaja dibina untuk dijadikan tempat azan tetapi juga sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda serta nama negeri Kedah. Cadangan ini diperkenankan oleh Sultan Muzaffar Shah.

Para pekerja bersama-sama berkumpul di Puncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara tersebut di bawah penjagaan Sheikh Abdullah. Namun, apabila menara yang hendak dibina itu telah hampir siap, Sheikh Abdullah telah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.


Ketika akhir nafasnya Sheikh Abdullah telah mewasiatkan supaya mayat beliau harus dikebumikan di tanah rata berhampiran dengan menara tersebut. Wasiat itu telah dilaksanakan dengan baik oleh Sultan dan para menterinya. Sehingga hari ini tanah rata di Puncak Gunung Jerai dipanggil dengan panggilan Padang Tok Sheikh sempena mengambil nama Sheikh Abdulah.

sumber/rujukan :
Mata Hati. (2017 Aug 1). Sejarah Kewujudan Padang Tok Sheikh Di Gunung Jerai Kedah. orangkedah.com; dipetik dari http://www.orangkedah.com/sejarah-kewujudan-padang-tok-sheikh-di-gunung-jerai-kedah.html

p/s : Tragedi 25 Januari - Sakit sebenarnya. Bila kita merindui seseorang tapi tak boleh nak buat apa-apa, not even luahkan. kan?
well, not yet anyway..

#31HariMenantiCinta

Post a Comment

39 Comments

  1. Kalau ada masa boleh la pi jalan-jalan.. ni semua pernah baca dalam buku Sejarah ja. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nnti berkesempatan, try la naik.. mana tahu..

      Delete
  3. Sejak dah besar ni tak pernah lagi naik gunung jerai tu. Banyak sejarah juga yer pasal masjid tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 ada.. sejarah 1 hal, mistik 1 hal.. gunung jerai popular dgn perkampungan bunian, kata orang..

      Delete
  4. Belum berpeluang ke tempat macam ni. Moga satu hari nanti tercapai hasrat nak ke sini untuk melihat tempat bersejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. kat atas tu sejk berkabus selalunya..

      Delete
  5. singgah membaca and follow sini #1890

    ReplyDelete
  6. Biasa dengar je nama gunung jerai dan baca dalam buku sejarah.
    Sampai belum lagi huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pasal sejarah, kat kaki gunug jerai ni lagi banyak peninggalan sejarah.. dengan penemuan banyak candi dsb..

      Delete
  7. Macam2 ada kat Gunung Jerai..Ingat tempat hiking ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi tarikan.. terutamanya air terjun puteri mandi.. next entri.. hehehe

      Delete
  8. Teringin jugak nak sampai Gunung Jerai..tapi ntah kenapa tak samapi2..heheh

    ReplyDelete
  9. Oh..tak pernah jalan-jalan di Gunung Jerai, pastu pi Kedah pun baru sekali seumur hidup ni..hihi. Sadisss

    ReplyDelete
  10. baru tahu ni... terima kasih berkongsi...


    p/s majlis dah dkt ya... jgn lupa jemput kami tau ;-)

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnya kalau dapat pergi situ. Mesti lagi seronok ni

    ReplyDelete
  12. Gunung jerai & gunung baling pun ada dalam wishlist gak ni!

    ReplyDelete
  13. sejarah kedah ni yer..
    we, xsabarnya nk tgk org tu tawen..haha!

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. tambah2 plak bila sejarah tu ada unsur2 mistik sikit.. hehe

      Delete
  15. Tempat2 mcm ni mmg ada nilai sejarah yg tinggi buat negara sebenarnya. Mmg bagus inisiatif yg dilakukan dlm menjaga persekitaran dan sejarah yg ada. Thanks sharing info ni bro :)

    ReplyDelete
  16. wah cantiknya! Nama ja anak kedah tapi gunung jerai pun tak pernah jejak lagi

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)