Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

kiri : Nangkang Rodiac  WF-1 160/60ZR17
kanan : Bridgestone Battlax S20 evo selepas 12,000+ km 

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac


Seperti yang dijanjikan dalam entri Review | Tayar Bridgestone Battlax S20 Evo, kali ni setelah aku habis lenjan guna tayar Bridgestone Battlax S20 Evo, aku tukar try tayar Nankang pulak. Tayar belakang aku pakai Nankang Roadiac WF-1 160/60ZR17 (sport touring) dan tayar depan aku pakai Nankang Sportiac WF-2 120/60ZR17 (hyper sport).


Harga


Kat bawah ni detail berkenaan proses penukaran tayar nankang ni:

Harga : RM 820.00 (depan belakang siap pasang dan balancing)
Kedai : Bertam Moto Gear (Pak Din)
Alamat : 73, Jalan Dagangan 4, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Coordinate : 5.516194, 100.448690

Antara sebab kenapa aku tukar  tayar kat sini adalah kerana masa tu aku dah desperate nak tukar tayar sebab memang dah botak teruk dah tayar lama aku. (rujuk entri review battlax kat link atas tu) Tak sempat nak survey kedai mana dah. Dan kedai ni dibuka sampai malam! Petang aku kerja tak ada masa.

So kali ni memang aku tak survey banyak pasal tayar nak pakai next. desperate times call for desperate measures

Cengkaman


Dari segi cengkaman kira okey la. Hujan pun boleh rilex lagi perah minyak kejar top speed kat atas highway. Cengkaman bila brake pun okay, cuma kena jaga sikit. hari tu aku brake kecemasan, tersilap lebihkan brake belah belakang.

hasilnya moto seret jauh jugak dan aku eksiden sikit terlanggar bontot saga. so, kalau brake kecemasan, sila biasakan guna teknik brake yang betul. jangan guna brake belakang mengejut. memang tak makan!

tak seperti battlax yang aku pakai dulu, bila lalu kat atas line putih atas jalan tu akan bergoyang sikit la bila hujan. Part tu je kena jaga-jaga sikit. Yang lain, aku puas hati je.

Speed


mungkin ini perasaan aku je, tapi aku rasa macam lepas tukar tayar nangkang ni, aku rasa macam agak "berat". pick up aku rasa macam kurang sikit. mungkin perasaan aku je kot. sebab ini aku tak sure sangat.

mungkin jugak sebab size dia agak besar untuk kelas cc motosikal aku. dari saiz tayar belakang starndard saiz 140 kepada battlax saiz 150 hinggalah kepada nangkang saiz 160. boleh jadi jugak.

but top speed tak kacau. again, ni mungkin perasaan aku je.

Cornering


Disebabkan aku pakai saiz yang agak besar dari saiz standard asal (sekarang 160, standard 140), aku agak konfiden bila turun meleper layan corner. Kalau Battlax s20 (saiz 150) aku boleh turun sampai cecah foot rest, Nankang ni plak aku boleh turun sampai seret muffler ekzos!

Dulu bila layan corner aku selalu seret footrest. Lepas tu aku tukar pakai footrest racing yang agak tinggi kedudukan kaki dia. So, boleh turun meleper lagi la. Baru ni meleper kat Cameron, sedap je aku turun, tau-tau dengar bunyi seret. Aku ingatkan seret footrest baru. Tapi bila tengok footrest tak calar pun.

footrest baru yang dah ditinggikan

Dan member aku yang follow belakang kata masa tu bukan aku seret footrest tapi seret ekzos! Aku pun terkejut. Tak perasan pasal ekzos sebab muffler aku memang dah calar sebelum ni sebab jatuh banyak kali dah. hehehe..

So, memang puas hati la, boleh turun meleper layan corner sampai seret ekzos.Cuma masa tu control pun dah tak beberapa nak umph dah. Tayar asyik dok “buang” je masa corner tu tapi aku masa tu tengah adrenaline rush, tengah nak potong cbr kat Cameron. memang tak rasa apa-apa dah.

Ketahanan


bermula selepas 9000 km, aku perasan yang cengkaman tayar dah tak beberapa nak umh. tapi aku tengok bunga tayar macam okay lagi.


Lepas 10.000 km aku tengok bunga masih lagi ada. Cengkaman masih boleh tahan lagi, boleh lagi ride dari penang ke RnR puncak titiwangsa di Perak melalui Gerik. masa tu aku banyak main turun badan, tak macam selalu.

dulu aku corner badan straight (tak alih punggung sangat) masa meleper, so boleh turun rapat ke jalan lagi. Kemudian bila tayar dah lama pakai, badan kena banyak main peranan sikit la supaya moto tak turun sangat.


lepas 11,000km, aku decide untuk tukar tayar walaupun kalau nak bajet, boleh lagi aku rasa kalau nak pakai walaupun bunga kat tengah dah habis. tapi kena hati-hati sikit la. aku tukar sebab member ajak ride cameron hujung minggu ni. gaji pun tengah masuk. hehehe..

tapi masa tukar tayar, serius, tayar nangkang ni masih lagi keras! tak macam Battlax s20 dulu, yang masa tukar, dah lembik dah kat bahagian tengah, siap boleh tekan dengan jari. tapi tayar ni walaupun bunga kat tengah dah tak ada, tapi masih keras.

so, firasat aku kuat mengatakan kalau 12,000 ke 13,000 km pun boleh guna lagi nih. hmm.. rasa rugi pulak tukar awal.

Kesimpulan : rating


ini cuma personal rating aku. cuma berdasarkan citarasa aku saja. lain orang mungkin lain pendapat.

Tayar
Hujan
Brake
Corner
ketahanan
Pirelli Angel City
9
7
7
9
Bridgestone Battlax S20 Evo
8
8
8
5
Nankang Rodiac WF-1
7
6
7
7
Metzeler Sportec Street
6
9
6
8


next : Pirelli Angle City


sekarang, atas rekemen dari Cai, seorang otai dari club R25 Owner Bikers (ROB), aku memilih untuk try tayar Pirelli Angle City 150/60 - 17. nanti aku review yang ni pulak! aku pakai buat pi kerja, 1 tayar tahan 4 bulan lebih macam tu je. habis pakai pirelli angle city nanti, aku review yang tu pulak yer.

tunggu...

list tayar yang pernah aku cuba:
1. tayar standard Yamaha YZF-R25
2. Bridgestone Battlax S20 evo
3. Nangkang Rodiac dan Sportiac
4. Pirelli Angle City (sekarang)

target next : Continental ContiMotion


Post a Comment

17 Comments

  1. mcm mcm jenis tayar ada erk....adoi dah pernah jatuh? ht ht taw....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah.. dah banyak kali dh.. dah x terkira dah.. hahaha..
      tapi tu semua x mematah kan semangat dan minat riding bike.. heheh

      Delete
  2. Ahhh kalau pasal benda ni mmg taktau ape2 laa. Jgnkan motor, psl kereta pun kurang knowledge. Tau guna je huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh macam tu.. kan jugak ambik tau skit2.. hehehe

      Delete
  3. takde pengalaman, sebab tak pakai motor. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta? sebab saya dengar kereta pun banyak yg pakai tayar nangkang nih..

      Delete
  4. Replies
    1. tu x masuk bab tayar2 untuk specifik kegunaan... macam untuk race track, untuk long drive touring, untuk off road, dan sebagainya..

      Delete
  5. Skang sy pakai nangkang front WF2 rear WF1..
    So far memang tyre neh terbaik tp klau nak di bandingkan ngan S20 Evo memang menang lg dekat S20 Evo lahh..
    By the way dia punya grip lebih kurang mcm S20 Evo..
    Nak meleper xda masalah..
    Next ingat nak try Battalax BT023 plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas review tambahan..
      mmg agak puas hati la tayar nih.. cuma mungkin harga je x beberapa nk murah sangat kalau nk bandingkan dengan tayar2 yang lain.. tapi mungkin sbb kedai yg saya pergi tu mmg harga agak mahal sikit kot, sebab say tengok kedai lain ada yang boleh dapat lagi murah..

      Delete
  6. x nmpk pun bunga2 kat tayar tu?

    hahahaha


    saja usikkk ;-)

    ReplyDelete
  7. nak seribu daya.. sama je kes orang2 yang selalu melancong, travel oversea tu.. ingat semua tu kerja besar2 ke..? kalau dah minat, pandai2 la simpan duit menabung demi hobi.. hehehe

    ReplyDelete
  8. tak nampak bunga2.. hahaha
    parah la tayar tu kena seret.. org xclaim ganti rugi ke dh kemek

    ReplyDelete
    Replies
    1. x nampak bunga2???
      x claim pun.. setel situ terus je.. hehhe

      Delete
  9. maksudnya bunga di tayar dan bunga2 (gadis2) susuhnya pha is ni nk faham ayat2 short form. wahhhh tak payah nk p balai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pulak kaitan bunga di tayar dan bunga (gadis2 tu)? hmm..

      x payah balai.. kita setel situ jugak, senang cerita.. hehehe

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)