mungkin sesetengah orang minat dia macam tu, passion dia ke arah itu.. macam kawan aku seorang ni, tengah excited kumpul duit, kumpul cuti, semata nak pergi korea bulan empat nanti. sebelum ni sanggup dia travel pusing 1 Europe sorang-sorang.
contoh blogger plak, macam sis Jari manis, bro Khairudin Lim, dan Siti Yang Menaip. dan rakan sekuliah aku kat U dulu, Izzah. ada je entri terbaru pergi melancong. kalau tak percaya, pergi terjah blog diorang.
Melancong Vs Melencong
berbandng dengan sesetengah orang, aku ni kalau bab melancong, hambar sikit. tapi bukan aku ni tak suka melancong. kalau orang ajak, aku pergi je. cuma aku ni tak de la nak ambil inisiatif sendiri plan nak melancong ke mana-mana.
aku jarang sangat melancong. cuma banyak melencong. nak tahu beza? melencong tu, bila aku free, ada mood, aku start moto, dan berjalan tanpa arah tuju. tu je la melencong aku.
tau-tau,
eh, dah sampai Baling?
eh, dah sampai bukit kayu hitam? (lihat entri Bila Boring)
eh, dah sampai kuala kangsar?
eh, dah sampai sungai golok? (lihat entri jale-jale klatey)
Destinasi Tak Penting
dan kalau pergi melancong pun, aku tak kisah sangat destinasi tu kat mana. bagi aku kalau melancong, destinasi tak penting. yang penting adalah dengan siapa kita melancong!
walaupun pergi tempat-tempat yang simple, yang dekat-dekat je, aku tak kisah. asalkan kita pergi dengan orang yang kita sayang, tak kisah la keluarga, sahabat, mahupun pasangan. *uhuk-uhuk
antara melancong dan bermusafir
kalau niat yang betul, niat bermusafir nak melihat, mengagumi, dan mengambil iktibar dari sepanjang perjalanan atas muka bumi Tuhan ini, bukankah itu dituntut dalam agama?
so, bagi yang hobi melancong tu, atau yang bakal pergi melancong, pesan aku agar niat korang kena perbetul.. bukan sekadar nak berseronok semata. dapat jugak pahala.
berjalanlah bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk mereka yang berfikir
dan bersyukur
diatas ni'mat dan kurnia
nilai harganya, Iman dan Taqwa
bagi hamba yang setia
-Mirwana (Hikmah Kembara)
p/s : cuti 4 hari ni aku sebenarnya pergi jalan-jalan makan angin pusing 1 malaysia dengan kawan. masa entri ini berjaya di-auto-published, sepatutnya aku dijadualkan dah sampai kat bukit tinggi pahang.
26 Comments
saya pun suka melencong..tp mostly guna public transport je...jauh berjalan luas permandangan ^^
ReplyDeletewaa.. yg ni pun mencabar jugak.. kalau dalam malaysia la.. hehehe
Deleteaku pun xde nyer nak plan gi melancong ni. tp kalau diajak, aku on je.
ReplyDeletehuiyoo ! melencon semua jauh2.. kalau melancong, lagilah jauh kan...
ReplyDeletehari tu kawan ajak pi johor.. sebab johor yg paling jauh dengan kereta.. hehehe
Deletesalam,
ReplyDeletedatang melancong ke sini..
jom tukar link blog.
saya masukkan link blog ni dlm bloglist
kembaraminda7.com
terima kasih
sama2... tp saya cari xde pun.. eh.. hahahaa
Deletelepas ni share story melancong 4 hari ye . saya suka je baca pengalaman org melancong ni ... heheheee
ReplyDeleteok.. dah share dah.. hehehe
DeleteAmin ckp tu satu DOA. Tak sabar aih nak tgu entri melancong mencari Cinta hihi tgk ayat akhir yg IMA comment haha
ReplyDeleteKalau nak mekencong mcm sakit kepala sikit nak pikir haha mcm terdesak sgt nk jln. Kalau melancong tenang da plan awai2
Deleteplan awal2 punbukan semuanya menjadi.. suka yg on the spot je.. hahahha
Deletebest tau melancong...melencong tu boleh sesat tak? hehehe gurau ya bro
ReplyDeletex pernah lagi la.. sbb kalau dah namanya melencong tanpa arah tuju, mana mungkin sesat sebab arah tuju pun xde in the beginning.. so, kalau sesat kat sesuatu tempat tu, x kira sesat sbb tu dikira arah tuju dah..
DeleteSuka melencong dan melancong tapi tak perlu sampai nak ikat perut tapi sekadar menabung. Tapi tak pernah nak letak target destinasi mana pun. Rasa nak pi terus pi ja kalau duit dah cukup.
ReplyDeletehaha.. kita geng..
Deletemelencong ni memang best...tapi kurang jimat dan tak ada hala tuju...maksudnya jam 12 tengah malam packing, naik kereta terus ke destinasi...kemungkinan tak dirancang dengan baik mungkin silap pilihan tempat dan sebagainya...
ReplyDeleteboleh jadi jugak..
Deleteehermmmm melencong menari cinta? eherm eherm
ReplyDeletedah bujang, apa salahnya.. ehehhe
DeleteMELANCONG SAMBIL MELENCONG TENTU LBH SERONOK TAPI KENA SIAP DUIT N INFO TEMPAT NK MELENCONG TU SBB KDG TEROVER BAJET...SEMASA SORANG DIRI NI MELANCONG N MELENCONG PUAS2 DULU PHA IS LBH JIMAT BELANJA TU..
ReplyDeletetapi saya jenis suka melancong ramai2.. hehe.. atau at least bila dah kahwin nnnti melancong berdua..
DeleteJauh juga tu pha is melencong.. tu melencong sambil melancong.. hehe..
ReplyDeletewow..best nyer gi jalan-jalan
ReplyDeleteSetiap kali beli majalah al-Islam yang baru setiap bulan, teruja juga rasanya bila tgk iklan pakej pelancongan yang dikeluarkan oleh syarikat pelancongan. Ada juga cita-cita nak melancong di luar negara, jika direzekikan oleh Allah. Setakat ini suka beli dan baca buku-buku travelog. Melancong melalui pembacaan.
ReplyDeleteyg tu melancong jenis jimat.. hehehe
Delete