sebagai seorang blogger
sebagai seorang blogger, kita kena berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu perkara. jangan hanya pikirkan trafik blog semata-mata. fikirkan sama kesan dan impak dari penulisan kita. contoh yang aku nak tekankan kali ni tentang perkara kesihatan.
sebagai student farmasi, ada beberapa entri yang aku pernah jumpa orang share pasal kesihatan (pasal ubat terutamanya) yang mungkin kurang tepat malah boleh mengelirukan masyarakat.
contoh, tentang isu panadol, isu konspirasi ubat dan vaksin, kononnya ubat moden ni konspirasi yahudi bla bla bla... penat-penat aku belajar pasal ubat 4 tahun bagai nak rak, orang boleh kata ubat tu hanya konspirasi. seriusly?
pastikan dulu sumber maklumat kesihatan tu dari mana, dan kesahihan serta tahap reliable sumber tu. jangan main share sahaja. hal kesihatan kadang-kala tak boleh nak dibuat main. kalau orang lain percaya dan amalkan, lepas tu berlaku sesuatu yang buruk (mintak simpang), sapa nak tanggung?
kedua, tahukah korang yang kalau mengikut akta ubat (iklan dan penjualan) 1956, korang boleh didenda sehingga RM 3000 atau penjara 1 tahun atau kedua2 jika disabit bersalah mengiklankan produk kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan 20 jenis penyakit (lihat senarai kat bawah ni) tanpa sebarang kajian clinical yang kukuh?
senarai 20 jenis penyakit yg tidak boleh diiklankan.
1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.
so, kalau nak share pasal produk-produk kesihatan, berjaga-jagalah. kalau boleh, pastikan dulu ubat tu berdaftar dengan Biro Pengawalan farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) - kini dikenali dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara, NPRA. kalau nak check ubat atau produk tu sama ada berdaftar atau tak, boleh check kat sini : QUEST - Product search
untuk maklumat lanjut tentang perkongsian maklumat kesihatan ni, boleh lihat entri ini : Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan
sebagai seorang pembaca
dan sebagai seorang pembaca, kita kena faham yang maklumat di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. jadi, kena pandai gunakan akal yang waras untuk tapis dan menilai apa yang kita baca. jangan sekadar percaya membuta tuli.
jadilah pembaca yang bijak.
sumber dan rujukan :
Portal Rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangssan, Kementerian kesihatan Malaysia. http://portal.bpfk.gov.my/
Nota Kesihatan. (2013 Jun 17). Keraguan Suntikan Vaksin | Penjelasan oleh Ketua Pegarah Kesihatan KKM dan JAKIM. dipetik dari http://notahidupsihat.blogspot.com/2013/06/keraguan-suntikan-vaksin-penjelasan.html
Hikayat Budak Pening. (2013 June 11). Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan. dipetik dari http://pening-pala.blogspot.com/2012/06/etika-menyampaikan-maklumat-kesihatan.html
88 Comments
thanx for sharing... setiap benda ada akta rupanya.. :)
ReplyDeleteu're welcome..
Deleteye betul, tidak semua apa yang kita baca, kita kena cedok bulat-bulat.. :)
ReplyDeleterisau kalau adik2 kita yg baca.... adik2 yg masih sekolah ni kekadang pemikiran dia belum dewasa.... percaya je apa yg dia baca...
ReplyDeletesbb tu sebagai seorang blogger, kita kena bertanggung jawab, jgn sebarkan perkara yg memudharatkan..
DeleteInsyaAllah,,..time kasih atas ingatannya..
ReplyDeleteINFO YG BAIK NI..TQ ^_^
ReplyDeletedh jd tanggungjawab yg tahu memberitahu yg xtahu kan pha is tq...
ReplyDeletesaya ni x de la tahu sangat.. sekadar menyampaikan apa yg saya belajar.. hehehe.
Deletesmoga bermanfaat..
Ya...jadi pengguna yang bijak, pembaca yang berfikir dan blogger yang bertanggungjawab.
ReplyDeleteThanks tuan doktor.
eh, saya bukan doktor.. tapi pelajar farmasi je.. heheh
Deletethanx for sharing...InsyaAllah ~_^
ReplyDeleteTerbaik....thanks
ReplyDeleteTerbaik! Peringatan bersama. Selidik dulu sebelum publish :)
ReplyDeletebaru akak tahu mengenai 20 jenis penyakit dan akta itu.. kena lebih peka selepas ini jika nak share berkenaan ubat-ubatan di blog.. ianya perlu dipastikan kesahihan terlebih dahulu.. menabung nandos.. :D
ReplyDeleteyup.. thanks..
DeleteYa, bukan penulis je yang perlu bijak. Pembaca pun kena ada kepala yang betul agar tak 'pening-pala'! hehe...btw thanks for the great sharing!
ReplyDeleteceh... hahaha
Deletepernah dengar pasal akta 20jenis penyakit tu...
ReplyDeletebagus la.. yg penting amalkan.. heheh
Deletebetul tu pha is...selalu ramai yg share dlm fb....
ReplyDeletenice info...baru tahu ada akta sebegini......
ReplyDeleteNasihat yang baik!
ReplyDeleteTHANK YOU VERY MUCH DEAR FOR SHARING. wah, cepat2 kakni check entry kakni kot2 ada yang menyalahi undang2 mcm pha is tulis kat atas ni, fuh... seb baik lah x de. sbb qaseh gold yg kakni dok promote tu mknn kesihatan, ia supplement dan bkn ubat, so x de tulis boleh merawat penyakit sekian sekian... thanks again dear.
ReplyDeletealhamdulillah.. bagus la.. kalau promot sebagai makanan khasiat tambahan okay, x de masalah..
Deleteya betul tu...setuju sangat :)
ReplyDeletesetuju sangat! jadi la pembaca dan blogger yang bijak.. jangan tau nak post je tapi tak amik tau kesahihan benda yang nak d post tu.. hehe..
ReplyDeleteyup... jangan mudah percaya.
Deleteterima kasih share pasal akta tu. something new for me
ReplyDeletesama2.. smoga bermanfaat...
Deletememang bayak org sekarang yg kongsi maklumat2 macam ni, selain pasal ubat-ubatan tak kurang juga banyaknya pasal status halal sesuatu produk atau makanan sedangkan kesahihannya tidak diketahui drpd sumber yang sepatutnya.
ReplyDeletepasal halal ni pun satu hal.. kalau kita nk sebarkan kata produk ni halal atau tak, kena check jugak dulu.. takur tersebar maklumat palsu.. kesian pengusaha tu kalau dia difitnah, x pasal kita jadi agent penyebar fitnah..
Deleteterima kasih pha is :)
ReplyDeleteSalam n selamat tahun baru 2014.tq share pasal ni. Mmg blogger sepatutnya menulis sesuatu yg baik nnelak drpd share atau tulis sesuatu yg x pasti n diluar bidang kitakan hihi
ReplyDeleteyup.. seelok-eloknya tulis apa yg kita tahu.. jgn memandai-mandai... kalau nk tulis apa yg diluar bidang kita x de masalah, cuma pastikan ianya betol. rujuk kepada ahlinya.. heheh
DeletePeringatan yg sgt baik ni Pha Is.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)
ReplyDeleteitulah.blogger sepatutnya post sesuatu yg dia faham, jgn main post sesuka hati. Banyak juga denda tu ye ..
ReplyDeleteyup.. kalau disait kesalahan, x pasal nk kena bayar denda..
Deleteyes. dan sbg seorang yang ada kaitan dengan ubat serta penyakit hana jugak rasa agak terkilan. cehh kemain lg. haha tak la. kadang benda2 mcm nie penting tp sebab excited terlampau dorang pown update la tanpa mencari dan menilai kesahihannya. T_T
ReplyDeleteterkilan..? waa.. hahahah
Deleteorg sekrang suka bnda pelik2.. walaupun bnda tu x pasti lagi betol atau x..
sebagai pembaca kita mmg perlu bijak dari segi segala aspek yg kita baca..bukan tgk aspek jangka pendek je..fikir jgak aspek jaga panjang..btw,thanks pha is share link utk check produk yg berdaftar ke x.. :)
ReplyDeleteu're welcome.. lepas ni sebalum share atau promot, boleh la check dulu.. heheh
Deleteoh...pernah bc pasal panadol tak baik kalau kerap ambik..betul ke? huhu kn kaji dan rujuk sebelum percaya pd sesuatu..:)
ReplyDeleteubat apa2 pun, kalau makan berlebihan mmg akn jadi x elok, bukan panadol je.. tapi kalau ambil panadol dengan cara yg betol n disarankan oleh doktor dan ahli farmasi, x de masalah.. :)
Deletebetul tu..mcm mcm org ckp ubat itu tidak hancur dalam badan selama 5 taun la..abeh tu kalau tak hancur nape dia tak kuar ikut najiss...
ReplyDeletehahahaha.. betol2...
Deletebetul tuh..!! ramai blogger main share jer..ada tuh main copy dan langsung takde ubah apa2..kadang ne keliru dengan maklumat yang d bagi..dah masukkan pha is dalam bloglist saya,^^
ReplyDeleteyup.. thanks..
Deletethanks for the info..
ReplyDeleteskrg ni trend org share bulat2, percaya bulat2.. tapi tak dari mana sumbernya. huhu
betol2.. bahaya trend macam tu... yg jadi mangsanya pembaca yg percaya bulat2 apa yg dibaca..
Deletekejar trafik punya pasal.
ReplyDeletex boleh macam tu.. kena tengok sama apa yg kita tulis..
Deleteperingatan yang baik pha is!!!!
ReplyDeletejarang cari maklumat pasal ubat2 kat internet en Pha Is, macam tak boleh percaya sangat je. baik pergi tanya kat farmasi/doktor sendiri.
ReplyDeletebagus2.. itu yg sebaiknya.. tapi kalau x de masa, boleh cari maklumat di internet, tapi pastikan cari di laman yg berkredibiliti... kalau kat blog, tengok dulu sumber dari mana n pikir 2-3 kali dulu la..
Deleteakak nak bagi cenderahati kepada 3 pengomen terbanyak untuk bulan lepas.. pha is salah seorang dari 3 orang tu.. nanti pha is bagi details nama, alamat dan nombor telefon ke http://www.mizzaiza.com/p/blog-page.html
ReplyDeleteokay.. dah hantar.. thanks kak..
Deleteuwah3. bekem abang farmasi. hee. tapi betulla. bila benda2 mengarut ni tersebar, pastu org ramai main percaya je membuta tuli, habis jatuh kredibiliti orang2 kesihatan. jenuh pulak nak explain citer sebenar.
ReplyDeletecik najihah pun apa kurangnya.. farmasi ke, penolong farmasi ke, sama2 ada peranan dan tanggung jawab.. heheh
Deletebaca boleh, percaya tu kena pastikan dulu sumber2nya..
ReplyDeletebetol2.. elok diamalkan macam tu.. heheh
Deletesetuju ngan entry nih. kadang2 blogger2 ni pun bukan selidik dlu apa yg diorang tulis. maen copy paste je.
ReplyDeletesbb tu la saya berharap lepas ni x de lagi blogger yg buat macam tu.. sama2 kita selidik dulu apa yg kita tulis.. jadilah blogger yg berkredibiliti dan bertanggung jawab
Deletesbb tu nina takut nk share info2 kesihatan tkut salah bg info nanti merana org. hehe
ReplyDeleteapapun boleh tnya pha is pasal ubat2 kan
insyaAllah.. mana yg saya boleh tolong jawab, saya jawabkan.. hehehe
DeleteThanks sharing Pha Is..
ReplyDeletebetul sekali paiz, jangan berkongsi fakta yang kita sendiri tidak sahih. Bukan setakat ubat, benda lain pun kena pastikan kesahihannya sebelum di publish
ReplyDeleteSetuju sangat...
ReplyDeletebetul...ada benda kita kena pastikan kesahihan dia baru la kita share :)
ReplyDeletewow...bru rietta tahu....igtkan maen iklan jerr..
ReplyDeleteiklan ni pun ada akta... x bleh main sebat iklan je.. hehehe
DeleteGood entry dari seseorang pakar ubat.Yelah kan,kadang kadang kena siasat dulu sebelum menyebarkan apa apa.
ReplyDeletex de la pakar sangat pun.. baru student lagi.. heheh
Deletekadang klau husna terbaca entry yang macam tu, nak percaya 100% tu xdelah tapi sekadar langkah berjaga2 tu mungkin.. benda nak jadikan kita tak taw.. =)
ReplyDeletebetol. kena hati2.. better safe than sorry.. :)
Deleteerm.. cmne yer nk komen.. geram dengan org yg copy pastu tajuk dan artikel yang hits..pehtu tak letak credit,, hangin!! ape pun good info pait,,
ReplyDeletehahaha.. pasal ciplak karya orang tu satu hal. pasal tak check dulu kesahihan plak 1 hal.. hehe
DeleteSalam,
ReplyDeletethen kementerian kena lah kuatkuasakan undang2 menyaman orang2 yang buat iklan cam gitu.
banyak sangat dah...
insyaAllah.. mmg cita2 saya nk masuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan.. doakan yer. heheh
DeleteBetul tu... sebagai blogger... kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis/paste sepenuhnya... so berhati2... :D
ReplyDeleteyup.. jadilah blogger yg bertanggung jawab..
Deletesebelum post pastikan maklumat tu sahih dan dari bukti yg boleh dipercayai :)
ReplyDeleteterima kasih atas pencerahan ni pha is, kita kena cakap dengan fakta bukan auta :)
ReplyDeleteThanks share pha is. Next time kena careful klu nak buat entri tentang ubat2 ni,
ReplyDeleteSaya baru tahu wujud kesalahan mengiklankan produk kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan 20 jenis penyakit di atas. Apa-apa hal pun sembuh sesuatu penyakit kuasa Allah jika kena ubatnya walaupun tidak ada kajian klinikal yang kukuh.
ReplyDeleteyup.. sama seperti yg telah saya tulis dalam entri "ilmu farmasi ilmu syirik".. ubat tak ada kuasa penyembuh. ia cuba asbab untuk kita sembuh kerana kuasa penyembuh semuanya pada Allah semata.. :)
Deleteitu dari segi keberkesanan. tapi yg kat atas tu dari segi pengiklanan.. sebab kalau tanpa bukti yg kukuh tapi dah dakwa boleh sembuhkan macam2 penyakit, dah macam ada unsur2 penipuan disitu.. :)
Baru tau pasal akta ni
ReplyDeleteBaru tau pasal akta ni
ReplyDelete