Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala

kat penang ni ada beberapa jalan lereng bukit yang agak bahaya. antaranya jalan dari teluk bahang menghala ke balik pulau. aku pernah cerita pasal jalan ni dalan entri Jalan Teluk Bahang : "Canyon" NFS Carbon.

jalan ni memang feveret aku. kalau naik moto kat jalan ni, badan memang tak akan straight. kejap senget kekiri, kejap sengat kekanan. 'layan korner'. tapi orang kata jalan tu memang keras.

member aku kata, kalau lalu jalan tu malam-malam dengan moto, sila 'kepak' (terbalikkan) side mirror. pertamanya sebab memang korang tak akan guna pun side mirror tu nak tengok kat belakang sbb tak ramai orang lalu.

sebab kedua kenapa kena terbalikkan side mirror, sebab takut nanti masa tengok kat belakang, takut ternampak ada 'benda' kejar.. hehehe..

aku ingat member aku tu bergurau je. kemudian aku terbaca kisah hantu kapcai tak ada kepala ni kat jalan tu.


Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala


Pada tahun 90 an heboh sebuah cerita kononnya ada hantu bawa moto tak ada kepala di jalan Balik pulau-Teluk bahang (penang) membabitkan sebuah motosikal dan jenis motosikal yang ditunggangi ialah honda C70 atau moto Kapchai ,

Kisah moto Kapchai ini bermula apabila ada mat moto a.k.a Abg tanjung sedang berlumba dan tiba-tiba hantu mat Kapchai ini akan berada di depan mereka dengan berpura-pura menuju lurus tapi sebenarnya jalan conner dan mereka yang sedang berlumba itu turut menekori motosikal Kapchai itu di belakang namun sebernanya telah ditipu oleh hantu kapchai itu dan mereka yang mengejar mat kapchai itu terus terjunam ke dalam gaung. mungkin ada yang mati wallahu a'lam..

Sebenarnya Hantu Mat kapchai ini mati terbunuh sewaktu berlumba di situ pada masa dulu apabila kawannya yang berdendam telah menolak dia ke dalam gaung dan kemungkinan mat kapchai ingin membuat perkara yang sama seperti yang dia alami dulu yakni membalas dendam pada mat moto yang lain terutama yang sedang berlumba di jalan itu.

Cerita hantu Kapchai ini tersebar apabila beberapa orang mengalami pengalaman seperti ada orang menolak moto dan bila ingin menhulurkan bantuan tiada wajah kelihatan hanya helmet saja, ada setengah penduduk di situ berkata bahwa cerita itu sengaja direka kerana mahu takutkan mat moto supaya tidak berlumba lagi, walaubagaimanapun cerita ini memang wujud sebab dari pengalaman mat moto yang berlumba dan buah mulut orang ramai bahwa mereka yakin memang penah ada mat moto kapchai tanpa kepala di kawasan terbabit.

sumber : 
Kelab Melayu Pulau Pinang. (2013 Nov. 21). Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala. Facebook Timeline Photo. Dipetik dari : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151849152327408

Post a Comment

86 Comments

  1. ohooo aku pun suka jalan ni.. tapi berani bawak sensorang time siang2 je laa.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun x pernah lagi bawak moto kat sini malam2.. siang2 je penah..

      Delete
  2. memang seram kalau lalu jalan nie.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram tu seram jugak.. tapi jgn layan sangat.. hehhe

      Delete
  3. Kalau cerita-cerita begini dapat kurangkan golongan yang merempit di situ (dan kurangkan accident juga) .. apa salahnya, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. asalkan tak gugat akidah org sudah la.. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. mungkin saja direka cerita ni spya menakut-nakutkan mat rempit kot.. heheh

      Delete
  5. BW lebih percaya yang cerita ni direka untuk menakutkan mat moto je. Maybe sbb ada perasaan takut, diorg berilusi je kot time lumba tu, tu yg diorang cakap cerita ni betul :p

    Wujud ke hantu pendendam? Hehe setahu BW, wujud syaitan yg menyesatkan je. Tapi syaitan tak perlu menyesatkan mat moto kot, sbb diorang memang dah hanyut. ahaks. jangan marah ha, ni BW tuju pada mat moto yg suka lumba haram je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. saya pun berfikiran macam tu jugak, sbb jalan ni mmg jalan feveret mat rempit di hujung minggu...

      Delete
  6. sy tak merempit... kalau naik kete dia tak kacau ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalah naik kereta, org pesan jangan biarkan tempat belakang kosong.. isi dengan apa2 barang.. takut nnti dia mai tumpang.. heheheh

      Delete
  7. ee jangan takut2 kan kami hehe baru ingat nak pi cuti kat penang........ kalau naik kete tak kene kacau kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. jgn lalu malam2 sorg2 je.. hehehe lagipun org jarang guna jalan ni sbb ada jln alternatif lain yg lebih selamat... ni jalan lama..

      Delete
  8. Hahahha..kwn aku penah nmpk benda..tapi time tu dia naik keta..bkn moto..benda apa?wallahua'lam..

    ReplyDelete
  9. heheheee....jalan kat situ mmg sempit dan bahaya..mau lagi kalau bas lalu mau makan jalan kita..hoho..ada citer plak cakap ada kete kancil kena bakar kat situ katanya pemandu wanita kena rompak so dorang nak hapus bukti perompak bakar kete tu...hoho...

    ReplyDelete
  10. wei seram sjuk dah ni . xleh nk komen pjg2 kebusyan sgt ni ! mengejar waktu lunch tuk terjah laman kawan2 !

    ReplyDelete
  11. Memang sereeeem..kita ni penakut banyak part-part macam ni..mintak dijauhkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. jgn layan sangat perasaan takut tu.. heheh

      Delete
  12. Idah pernah lalu jalan tue... tak ada apa pun... huhuhu...

    Lalu time siang.. naik kete... hehehehehe...

    ReplyDelete
  13. Bagus hantu nih, takde kepala pun pakai helmet :)

    ReplyDelete
  14. mmg xakan lalu lah jln nie.. carik jln lain..hahaha

    ReplyDelete
  15. seramnya.. jangan la jumpa hantu.. akak ni dah la penakut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya cerita ni ciptaan org je.. nk takutkan mat rempit.. hehe

      Delete
  16. eee seramnyaaa.... sib baik ida tak lalu kawasan tu

    ReplyDelete
  17. Tak kisahlah betul atau bohong, yang penting perlu berhati-hati ketika memandu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. jgn difikirkan sangat cerita ni.. yg penting kita hati2 masa memandu.. hehehe

      Delete
  18. hantu pun merempit. huhu..tak kisah la betul ke bohong yang penting berhati hati. :)

    ReplyDelete
  19. sejak duk kat bandar ni, lagi banyak 'hantu' dok atas jalan hahaha. Tapi, mintak2 jgn ditemukan la dengan yang sebenar kan hehe :D

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. memang la. dah jalan pun diperbuat dari tar. mmg keras.. hehe

      Delete
  21. Ha kau... wujud ker tak wujud hantu mat mot tu, jangan duk berlumba kat situ ok, lumba kat tempat lain :p Asal I duk imagine Zizan jer jadi hantu tu hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahbarnya, cier hantu mat rempit zizan tu based from cerita ni.. heheh

      Delete
  22. Allah.. sy mmg mohonlah agar jngn terjumpa atau terbabit dgn perkara2 yg menyeramkan termasuklah yg spt ini.. mmg keras tempt mcm tu..

    ReplyDelete
  23. seram je cerita nie. hana nie penakut cket bab2 hantu. nampak je brutal. hahah :D

    ReplyDelete
  24. seram plak bace cite nehh.. da la selalu balik mlm2.. -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. rilex2. jgn layan sangat perasaan takut tu.. hehe

      Delete
  25. Pelikkan hantu bawa kapcai pandai pulak dia isi minyak. Mana dia pergi servis motor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. pamcai tu pun hantu jugak kot.. heheh

      Delete
  26. pendek citer...jauhkan lumba moto n lalui jalan tersebut

    ReplyDelete
  27. adeh! cmno bole terbaca time tgh malam ni -_-'

    ReplyDelete
  28. Bagus juga ada kisah sebegini...kurang sikit yg nak berlumba tu...bwk sopan, hantu pun xkacau...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mgkin cerita ni sekadar nk takutkan mat rempit..

      Delete
  29. hihihi.. seram juger bace malam malam.. tp klu lalu kat situ atau jln yg mcm ni, mmg sseram yerk.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tengok kawasan tu pun dah agak seram..

      Delete
  30. seram ada,lucu pun ada..ye lah,hantu nak balas dendam..apa-apa pun kisah ni terbaik untuk kurangkan kes rempit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi kalau dh mat rempit yg hati kering, mmg x makan saman.. heheh

      Delete
  31. teringat abah buat lawak masa kami melalui sebuah jambatan di johor

    Anak saudara: Kawan kata ade org x nampak kepala lalu jambatan ni masa tengah2 malam.
    Abah dgn selambernya jawab: Memanglah tak nampak, kepalanya kan dalam topi keledar.
    Daku baru nak mood seram dah terburai ketawa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2... yg nmpak ni topi keledar je la.. heheh

      Delete
  32. Assalammualaikum..pha,

    Pengalaman orang yang lalu sini.. seram dan menakutkan...

    mselim3

    pls: kes villa nabilla pun seram gak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      biasala, tempat pun nmpak macam dah seram, mula la nnti nmpak bukan2.. hehe

      Delete
  33. semoga cerita ini jadi pengajaran untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah

    ReplyDelete
  34. kdg2 sebb takut pun ye jugak. yelah jalan kan sunyi. mula la terbayang-bayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. bila takut, mula la otak pikir bukan2, mula la nk nmpak bukan2

      Delete
  35. seramnyee baca citer hantu memalam :D

    ReplyDelete
  36. sesungguhnya aku mempunyai satu perasaan yang tak suka menunggang motor berseorangan di tengah2 malam..lebih2 lagi kalau jalan tu jalan kg macam nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  37. Dulu, bila lalu kawasan Hutan Ulu Yam (dalam 25 km) yang berbukit-bukau dan gelap-gelita, melainkan lampu kenderaan yang lalu-lalang dan lampu dari rumah Orang Asli Ulu Yam, aku akan baca Ayat Kursi, Surah Yassin. Kadang-kadang tu, Surah Sajadah yang tak berapa nak hafal tu pun dapat dibaca dengan sempurna (masa naik motosikal tu je lah)..
    Bak kata Acu kami ; ULU YAM YANG SERAM..
    Tapi sekarang, dah biasa, jalan pun dengan selamba, walaupun pukul 12 malam, mahupun pukul 2 pagi..
    Bak kata orang-orang tua; ALAH BISA TEGAL BIASA.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dulu masa lalu atas jambatan naik moto pukul 2 pagi pun rasa macam tu jugak.

      Delete
  38. tgk jalan pon dh sunyi memang tak lalu laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. siang x pe.. mlm kurg berani sikit.. hehehe

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)